seguidores

Friday, July 29, 2011

ceit, ape kes?

ape kes marah-marah ni bro? malaysia semalam seri je, bukannya kalah.. memang lah malaysia tersingkir, tap tu adat la.. ada menang, ada kalah.. takda yang nak perli-perli kau pakai baju malaysia satu sut.. dari kepala sampai ke seluar, bendera malaysia penoh.. aku bukan nya nak kutok, tapi sepatotnya kau bangga sebab kau salah seorang yang berani buat macam tu.. even kau balik nak lrt semalam kan.. hehehe.. even tersingkir pn, permainan malaysia terbaik wokk..! singapura je, suke buat2 sakit.. so, jangan malu, jangan dengan pakaian kau.. aku tumpang senyum bangga tengok ade orang macam kau.. chill bro! peace yaw...~

cuba lagi

tahniah, dan cuba lagi untuk edisi yang akan datang. walaupun terikat 1-1 tetapi tewas melalui aggregat 6-4, semangat pemain malaysia dalam perlawanan timbal balik semalam harus dipuji. mereka menunjukkan peningkatan yang mendadak daripada aksi yang ditunjukkan semasa perlawanan pertama di singapura tempoh hari. saya diantara kalangan 90,000 peminat yang membanjiri stadium nasional bukit jalil malam tadi tetap berpuas hati dengan aksi yang ditunjukkan oleh anak buah k.rajagobal. cuma agak terkilan sedikit setelah aidil terpaksa dikeluarkan pada babak pertama dan digantikan oleh helmi. malaysia bermula garang seawal 5 minit pertama apabila gerakan yang dimulakan penyerang profilik negara, safee sali, gagal disudahkan dengan sempurna oleh s.kunalan. sepanjang babak pertama, segala cubaan daripada kedua-dua pasukan banyak dipatahkan dengan kekentalan serta ketangkasan pertahan serta penjaga gol masing-masing. cuma pada babak kedua, kedua-dua pemain sayap negara, s.kunalan dan amirulhadi zainal, seakan-akan dirantai pergerakan. setiap kali mereka mendapat bola, 2 atau 3 pemain singapura akan berada bersama mereka. ketangkasan penjaga gawang nombor 1 negara, khairul fahmi che mat, harus diberi pujian. beliau banyak menyelematkan cubaan-cubaan yang dilakukan samada duric, qiu li serta shi jaiyi, yang berkemungkinan besar akan membolosi gawang beliau. penyerang pelita jaya, safee sali, membuktikan yang beliau merupakan pemain status bintang kelas dunia apabila menyumbat gol pendahuluan untuk pasukan harimau malaya. gol itu disambut dengan sorakan 90,000 penyokong di stadium serta berjuta yang menonton di kaca tv serta yang menonton melalui streaming. namun itu tidak lama bertahan apabila pemain kelahiran china yang mendapat kerakyatan singapura, shi jaiyi, sekali lagi menjadi duri dalam daging buat negara apabila menyumbat gol penyamaan. gol itu terus menjadikan suasana stadium bukit jalil sunyi seketika ketika penyokong serta peminat singapura meraikan gol tersebut. kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat permainan.

Wednesday, July 27, 2011

90,000 dalam masa 2 hari

tiket perlawanan malaysia singapura malam esok, telah habis dijual pagi tadi.. dikhabarkan bahawa peminat telah menunggu seawal jam 630 pagi lagi.. dari info yang belum dipastikan kesasihannya, pihak fam akan mengeluarkan lagi sekitar 10,000 keping tiket untuk perlawanan esok..


*please ada.. aku belum beli lagi ni.. nak sangat pergi esok.. hehehe..

Tuesday, July 26, 2011

yes, i'm your stalker

who
-she-

why
-miss her-

when
-always-

where
-anywhere-

how
-being a stalker-


yes you!
i am your stalker
i'm sorry, peace

Monday, July 25, 2011

kesian dia

kesian aku tengok minah ni kene maki dengan balak dia.. apa salah budak tu sampai kena maki.. even kau maki dia dalam kereta, pasang radio kuat-kuat, aku still dengar la.. haih.. manusia-manusia.. out.. peace yaw..!

Sunday, July 24, 2011

anda sehebat mereka?

aku nak ucap tahniah atas kebangkitan skuad harimau malaya setelah ketinggalan 4-1 pada separuh masa pertama semalam.. walaupun kalah 5-3, tapi bekalan 3 gol di tempat lawan tu, serius tak ternilai.. memang lah ada yang kata mustahil, tapi still 90 minit kan.. takkan la korang just nak sanjung, sokong, puji, bile skuad kite menang aff suzuki cup je.. bile kalah, caci maki, hina, dan segala ape lagi tah kat dorang.. kalo korang kat tempat dorang, kompem leyh 4-1 ke?? tak pun kurang kot.. kalo lebih 4-1, korang lagi terok la.. jangan nak maki sangat la, think positif sudah.. dengan baki 90minit, and bakal bermain di stadium nasional bukit jalil, apa kata kita semua pergi gegar pasukan singa 28/7 ni.. toksah cakap je la, kasik turun dulu.. kalah menang adat.. so, jangan nak maki hamun ye.. letak korang kat situasi mereka, ape korang rase kalo korang kene caci maki.. tata.. peace yaw..!

Langkah Kanan Shalke 04

gelsenkirchen - shalke memulakan langkah dengan bergaya apabila membenam cabaran juara bundesliga musim lalu, borussia dortmund, untuk merangkul kejuaraan dbf-supercup buat kali pertama dalam sejarah mereka melalui pepnetuan sepakan penalti setelah kedudukan terikat 0-0 sepanjang 90 minit perlawanan. penjaga gol schalke, ralf fahrmann, menjadi wira baru mereka setelah menyelamatkan 2 daripada 5 sepakan penalti yang diambil oleh pemain dortmund. ini merupakan kejayaan manis buat shalke setelah terlepas genggaman kejuaraan bundesliga serta tersingkir daripada kelayakan ke liga juara-juara eropah musim hadapan. bagi jurulatih dortmund pula, jürgen klopp, ini merupakan satu lagi tamparan hebat selepas kehilangan seorang tonggak kejayaan musim lepas, nurin sahin, kepada real madrid. namun beliau tetap optimis bahawa dbf-supercup hanyalah satu ujian kecil, dan masih banyak masa untuk memperbaiki setiap kelemahan sebelum bermulanya sepak mula bundesliga serta liga juara-juara eropah. reuters.

Friday, July 22, 2011

hebat ke..?

nak pinjam entri abang ben jap.. bukan nak kata skuad olimpik main tak bagus, tapi as chelsea fan, aku dapat tengok yang chelsea main just ala kadar je.. main pun macam nak taknak.. but, sebagai anak malaysia, aku bangga yang malaysia dapat kekang asakan pemain chelsea.. nak pulak tang goalkeeper, terbaik wookkk! tang serangan kureng sikit.. cume cubaan tamil aratsu sikit tersasar.. kire dah 1 by 1 dah tu dengan ross turnbull.. cume game semalam tu tak penting pun, persahabatan je.. tunggu esok, 23/8, kelayakan piala dunia 2014 menentang singapura kat stadium jalan besar.. dengan 28/8, tapi kat stadium bukit jalil.. jom kita turun, kasik gegar itu skuad singa.. harimau menentang singa, siapa lebih berkuasa di rantau asia tenggara.. garuda dah tumbang.. gajah pun dah kena baham dengan garuda tahun lepas.. hehehe.. peace..

Thursday, July 21, 2011

antara 2 hot ticket

antara 2 keping hot ticket

ce bezekan masa call dengan jumlah mesej yang diterima

tapi ada kfc free, cuma kena beli 2 "tiket panas" ni dulu
nyum nyum nyum

malu sekejap.. kejap jela

perbualan antara insan a, along, wan, pian dan aku


insan a : assalamualaikum bang....

group : ............

insan a : hm.. budak sekarang tak reti jawab salam.. (sambil beredar ke meja yang lain)

group : (tertunduk malu)

*rerajinlah jawab salam ye.. tak kire sape yang bagi salam kat korang.. kang kene sound tepek, sendiri yang malu.. hehehe

aku adalah manusia

aku manusia yang selalu terlupa, yang selalu melakukan kesilapan
aku bukannya sesempurna Nabi Muhammad s.a.w
kalau kau tak boleh terima kelemahan aku, carilah orang lain
carilah orang lain yang boleh menggantikan tempat aku
peace

Wednesday, July 20, 2011

myvi makan orang


haha.. kalau bace pun mesti korang tertanya, macam mana myvi boleh makan orang.. bukan apa, aku terbaca kat metro hari ni.. buaya sebesar myvi kat atas ni haa.. buaya sepanjang 2.74m tu beb..! kalau setakat aku ni, senang-senang buaya tu baham.. celah gigi je kate nye.. bahaye-bahaye.. panjang mane 2.74m tu? panjang meyh.. ce korang ukur ketinggian korang, ade sampai 2meter tak..? sampai ke tak, korang pikirlah sendiri, betape besarnya makhluk ciptaanNya.. :))

Uruguay Tepati Ramalan Ke Final

la plata - uruguay menepati ramalan sebagai status pilihan ke final apabila menjinakkan peru di pertemuan separuh akhir copa america 2011 pagi tadi. ini merupakan penampilan ke-21 bagi uruguay di final copa america. pemain penyerang 'the kop', luiz suarez menjadi wira bagi pasukan yang bergelar 'la caleste' apabila berjaya menyumbat 2 gol pada minit ke 53 dan minit 58. bagi pasukan peru pula, ini merupakan kali ke-12 mereka gagal mara ke final copa america. menanti uruguay di pentas final adalah di antara pasukan paraguay serta pasukan venezuela. paraguay yang mencipta kejutan ketika menyingkirkan juara bertahan, brazil, berharap dapat meneruskan rentak yang sama walaupun mereka sudah kehilangan seorang tonggak pertahanan tengah, alcaraz, kerana digantung perlawanan. ini kerana beliau menerima layangan kad merah ketika menentang brazil tempoh hari. tidak kurang juga kepada pasukan venezuela apabila kehilangan rincon. rincon disifatkan sebagai pemain terbaik pertandingan menurut jurulatih venezuela, cesar farias.

Tuesday, July 19, 2011

alaa.. satu ni je

saje je aku nak tunjok yang aku ada kad cosway
hahaha.. jadi batak kejap je
walaupun dah 4 bulan aku masuk jadi ahli, ni baru teringat nak wat entri pasal kad ni
;p

aku bukan atlit sukan


aku bukan atlit.. aku bukannya lari sana, lari sini.. kejar bola sana, lompat pagar sini.. tak dapatnya jep.. aku just orang yang pergi keje, jalan kaki je weyh.. bukannya jauh mana pn.. 10 minit je pn.. tapi kaki aku still selalu 'diziarahi' oleh sakit hamstring dan cramp.. ini pun sakit lagi ni.. tengah syok tido pagi tadi, tetibe cramp.. ape lagi, melompat la aku dalam bilik tu.. macam nak putus urat kaki mase tu weyh.. tadi nak g keje pn sakit2 gak.. huhuhu.. harap ok la balik nanti.. kang terhencot2 aku balik t.. hehehe..

Monday, July 18, 2011

apa? kena lukis ke?

makan chicken floss rolls sambil lukis pelan
aku ingat aku dah lepas dah nak lukis-lukis ni
sekali kene buat jugak la
nasib ada chicken floss rolls yang sanggup menemani aku
nyum nyum nyum

akhirnya.........

akhirnya aku makan jugak
huahuahuahua.. tengok ni..

nasi goreng belacan, tapi lgsg xda rasa belacan
telur bungkus
air asam jawa

thanks to mat gebu
sebab bagi inspirasi kat aku nak makan apa hari ini
perot pun dah kenyang, hati pun dah senang
so mase untuk kerja
kang kene marah plak dgn bos aku keje tak siap
hehehehehe

korang nak tengok apa yang ada dekat page mat gebu?
bukak sini

mat gebu, sudah-sudah la

aku tengah lapar ni.. pergi kedai tu, lauk habis.. kedai satu lagi, lauk habis jugak.. satu kedai lagi, tutup pulak dah.. bukak blog je, aku nampak makan-makan kat blog mat gebu.. nasi tomato pulak.. bagi siket boleh tak..? lapar teruk ni.. hehehe

banggggg!

can i try? i want too
macam syok je

Jepun Juara Dunia

frankfurt - pasukan bola sepak wanita jepun berjaya menjulang kejuaraan trofi piala dunia wanita setelah ketepikan cabaran amerika syarikat melalui penentuan sepakan penalti (3-1) setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 sepanjang 120 minit perlawanan. shannon boxx, llyod dan heath gagal menyempurnakan sepakan penalti masing-masing dan sepakan yang diambil pemain jepun, nagasato, berjaya diselamatkan penjaga gawang usa, hope solo. usa berjaya mendahului lawan sebanyak 2 kali melalui morgan (69) serta wambach (104). akan tetapi jepun bukanlah pasukan yang mudah mengalah apabila bangkit setiap kali usa mendahului mereka dengan jaringan yang dilakukan oleh miyama (81) serta sawa (117). reuters.





brazil tersingkir, venezuela cipta kejutan

la plata - nasib malang juara dunia 6 kali, brazil, berterusan di la plata apabila disingkirkan oleh paraguay daripada kejohanan bolasepak tertua di dunia, awal pagi tadi. brazil mengikut jejak langkah tuan rumah copa america 2011, argentina, apabila tewas melalui penentuan sepakan penalti setelah terikat 120 minit tanpa sebarang jaringan gol. brazil harus menyalahkan diri sendiri apabila gagal memanfaatkan peluang-peluang yang ada di depan gol. ketangkasan kapten serta penjaga gol paraguay, justo villa, berjaya mengheret permainan sehingga ke penentuan penalti. 3 peluang keemasan oleh brazil, masing-masing melalui lucio, ganco dan pato, berjaya diselamatkan oleh justo villa, serta pecubaan pemain gantian, fred, berjaya ditanduk keluar pertahanan Paraguay ketika masa sudah sampai ke penghujung permainan. namun, kedua-dua pasukan terpaksa bermain dengan 10 orang setelah lucas serta alcaraz dibuang padang kerana bergaduh. tujuh sepakan penalti yang diambil kedua-dua pasukan, cuma 2 sahaja yang menggegar jaring, melalui estigarribia dan riveros. keadaan padang juga harus diambil kira, jika tidak, tidak mungkin 5 sepakan penalti yang selebihnya akan melambung tinggi ke arah penonton. keadaan padang yang begitu tidak elok untuk mana-mana pemain sekali pun. didalam satu lagi perlawanan suku akhir, venezuela berjaya membenam cabaran chile, dengan kemenangan 2-1 di estadio del bicentario. gol pertama venezuela hadir apabila sepakan percuma yang diambil arango, singgah dikepala vizcarrondo pada minit ke 35. david suazo berjaya mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke 70, sebelum cichero meranapkan impian chile untuk ke separuh akhir, 9 minit sebelum masa tamat. dua kad merah juga dilayangkan kepada Medel (chile) serta rincon (venezuela). reuters.





*sumber : aku sendiri sebab aku tengok brazil main kol 3 pagi tadi.
*berita : pun aku jugak. hehehe

Sunday, July 17, 2011

. . . .

silent mode

Result LA Galaxy Real Madrid

real madrid berjaya membenamkan cabaran la galaxy dengan kemenangan 4-1 di la memorial coliseum, los angeles. gol-gol real madrid disumbangkan oleh jose callejon (30), joselu (39), cristiano ronaldo (52), dan karim benzema (57). gol pasukan la galaxy pula dijaringkan oleh adam cristman (66). fabio coentrao, pemain terbaru yang ditandatangani oleh real madrid berjaya mencetak nama beliau sebagai pemain terbaik perlawanan. reuters.

Saturday, July 16, 2011

result

malaysia 3-6 liverpool

tahniah buat skuad kendalian k.rajagobal, walaupun kalah kepada liverpool. setidak-tidaknya mereka dapat menbolosi gawang liverpool. dan selamat kembali kepada penyerang sensasi negara, safee sali yang berjaya merakamkan 2 gol pada separuh masa kedua. diharapkan beliau dapat meneruskan aksi yang bertenaga semasa menentang pasukan jiran, singapura semasa kelayakan piala dunia 2014 pada 23/7 serta 28/7 ini. tahniah sekali lagi.

aku ke?

aku ke yang tipu?
aku ke yang khianati?
fine fine fine~
semua salah aku kan
korang je yang betul
boleh jalan la
tak payah nak betul-betul kan dah
aku dah tengok, aku dah bace
and aku akan ingat sampai bile-bile
salam, peace yawww

expecto petronum!

harry potter and the deathly hallows part. 2,
aku tengok dah malam tadi kat mid,
in 3d maaaaa.
bagi mereka serta mereka dan mereka yang belum tengok,
cepat-cepatlah ye
sebab aku ingat nak pergi tengok lagi............!
adios
peace yaw.....

Friday, July 15, 2011

vacío

kosong
sunyi
empty
nothing


thank you because read this

rindu awak

hai awak,
saya rindu awak.
lama saya tak jenguk awak, walaupun pernah sesekali.
lama juga saya tak bercerita kat awak.
awak jangan merajuk dengan saya taw.
bukan saya sengaja, tapi saya tak taw nak cakap apa.
saya kekeringan idea nak tulis apa, dan nak bagi orang lain baca.
maafkan saya ye wahai blog.
ini pun saya masih kekeringan dan ketandusan idea.

Monday, July 11, 2011

salah siapa?

kalau dah kata jangan buat, janganlah dibuat. tapi orang yang jenis keras kepala, tetap nak buat juga. bila dah kena, salahkan orang lain. kononnya, tak beri amaran, tak halang. manusia manusia, bila nak berhenti salahkan orang lain? cuba letak salah yang anda lakukan, pada diri sendiri. nak kata ada otak, memang semua ada. cuma tahu nak cara berfikir atau tidak saja.

Sunday, July 10, 2011

should be

it should be 1

it should be 52

it should be 365

it should be 8760

it should be 525600

but . . . . .

. . . . . . . . . . . . . . . . . .

Friday, July 8, 2011

seram misteri

saya sudah ketagih dengar kisah seram dj kc dari ria 89.7, siaran radio dari negara singapura. kalau anda nak dengar, boleh dengar melalui youtube, misteri jam 12. kalau ada yang takut, (macam saya), HAHAHAHA.. janganlah dengar ye, nanti nak ke tandas pun takut. takpun boleh bulan page seram misteri dekat facebook.

maaf

saya nak minta maaf kepada semua mereka-mereka yang baru follow saya. saya sibuk sedikit akhir-akhir ini. nanti saya follow balik anda ye. bukan saya sombong, bukan saya bongkak. saya pun baru lagi dalam dunia blog ini. banyak lagi saya kena belajar dari yang senior. saya susun 10 jari, minta ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. assalamualaikum. peace yaw~

Thursday, July 7, 2011

lambat ke aku...?

ahhh! peduli ape ny punn.. aku tetap nak tulis selamat menjuarai piala liga super yang sah buat pasukan kelantan.. buat kali pertama mereka membawa pulang ke kota bharu, sejak ia diperkenalkan.. kelantan muncul juara setelah berjaya menumbangkan skuad badak 2-1 dalam aksi di stadium likas malam semalam.. tahniah juga buat terengganu yang berjaya memintas pasukan selangor untuk merebut tempat kedua.. tangga ketiga dihuni oleh pasukan gergasi merah, selangor.. anugerah kasut emas pula dibawa pulang penyerang terengganu, adbul hadi yahyah, dengan kelebihan 1 gol mengatasi penyerang kelantan, norshahrul idlan talaha.. pahang pula ditimpa malang apabila mengikuti langkah perlis ke turun liga perdana apabila tumbang 0-1 kepada kedah di stadium darul makmur..

"gua rasa, tak salah rasanya"

gua rasa, tak salah rasanya kalau ex-couple menjadi kawan baik. bukan apa, gua terfikir jugak, tak sebab break, nak jadi musuh. apa celita? itu celita lama, wa sudah taw dari facebook. arghh! mencarot sudah aku ni. ni baru betul. aku ada dapat kes baru. yang mana gegel ni salahkan perhubungan baik antara boboy dia dengan ex-couple boboy dia, sampai gegel dgn boboy tu putus. korang faham tak? tak faham sudah. aku pun jenuh fikir macam mana nak buat ayat bagi korang faham. nak dijadikan cerita, aku dengarlah dari kedua belah pihak. taknak aku judge macam tu je, kang tak pasal-pasal aku tidur dalam tanah. bila dah dengar, barulah aku faham yang puncanya, ex-couple gegel ni datang balik, merayu. sampai ugut gegel tu nak bunuh diri, kalau gegel tu ada laki lain. nak tak nak, gegel tu minta putus dengan boboy. 'teanjat boboy' bile boboy dapat tau. boboy pun dengan berat hati, jantung, berat badan semua ada, terpaksa lepaskan. sebab taknak ada nyawa melayang. then, apa yang terjadi, perhubungan baik boboy tu dengan ex-couple, buatkan mereka bersatu kembali. persoalannya, adakah salah boboy tu kembali balik dengan ex-couple dia? boboy ke yang minta putus sebab nak balik kat ex-couple dia? aku nak minta pendapat anda yang baca post aku ni la. thanks ok. takmo gadoh-gadoh, takmo perang-perang, sayang-sayang boleh. hehehe. salam. peace yaw..!

Tuesday, July 5, 2011

kuasa wang

duit adalah bukan masalah bagi pasukan manchester city, apabila dilaporkan sudah menyambar pertahanan the gunners, gael clichy dengan nilai £7 juta. dan mereka dikhabarkan bersedia untuk menyambar tonggak tengah perancis serta arsenal, samir nasri. jika itu yang berlaku, arsenal bermakna sudah kehilangan 2 tonggak utama musim lepas. itu belum termasuk cesc fabregas yang dikhabarkan akan berhijrah pulang ke nou camp untuk bersama skuad barcelona. sehingga kini, arsene wenger masih belum membawa masuk pemain ke emirates. walaupun terdapat berita bahawa mereka sudah membawa bintang ivory coast, gervinho, ke emirates dengan nilai £10.6 juta. pemain pertahanan blackburn, chris samba serta willian (shahktar donestk) juga dikaitkan dengan perpindahan ke arsenal. seteru utama mereka, manchester united, sudah pun melengkapkan 2 kemasukan untuk musim depan dengan membawa masuk ashley young (aston villa) serta penjaga gol spain, david da gea (atletico madrid). pengendali baru chelsea, villa boas, telah diberi lampu hijau untuk membawa masuk sebarang bintang ke stamford bridge. justeru itu, villa boas terus mensasarkan pertahanan tengah real madrid, pepe, untuk digandingkan bersama kapten the blues, john terry.
beralih ke sepanyol. kelab the catalan, barcelona, tetap akan cuba untuk membawa pulang kapten arsenal ke nou camp. akan tetapi mereka perlu menyadiakan sejumlah wang yang agak tinggi dengan nilai anggaran £35 juta. berbanding pencabar mereka, real madrid, yang sudah membawa 4 pemain ke santiago bernabeu. itu termasuk nurin sahin (dortmund), hamit altintop (bayern munich), jose maria callejon (espanyol), serta raphael varane (lens). los blancos juga dikatakan bersetuju dengan yuran perpindahan yang ditetapkan untuk mendapatkan pertahanan kiri benfica, Fabio Coentrao, yang dianggarkan sekitar £27 juta. reuters.


Monday, July 4, 2011

changed

takhta no.1 atp sekarang ini sudah bertukar tangan. takhta yang dikuasai oleh rafael nadal sebelum telah dirampas oleh pemain dari serbia, novak djokovic. novak djokovic atau dikenali dengan 'nodjo' tetap akan merampas kedudukan no.1 dunia walaupun sekiranya rafael nadal berjaya menewaskan beliau di dalam final wimbledon. namun segalanya seperti sudah tersurat untuk pemain dari serbia itu apabila berjaya buat julung kalinya menjuarai terbuka wimbledon pada tahun ini. permain serbia itu menumbangkan juara terbuka wimbledon tahun lepas, rafael nadal, di dalam 4 set. djokovic menang 6-4, 6-1, 1-6, 6-3. ini merupakan kemenangan yang cukup bermakna untuk djokovic apabila bukan sahaja berjaya merampas pemain no.1 dunia, malah menjuarai kejohanan wimbledon buat kali pertama sepanjang kariernya.

beri hitam dan telefon mata

minat blackberry?? i-phone??
any model blackberry
harga boleh runding
hallo hallo sama gua
boleh inbox gua kat
bukan buatan negara tembok besar punya!

- tagged -

*semua model boleh anda search dalam internet, sebab semua model baru
bukan second hand punya barang
*kami juga mempunyai sebarang model handphone yang anda kehendaki

next match


perlawanan kelayakan piala dunia 2014 untuk malaysia

23 julai 2011
pertemuan pertama
singapura vs malaysia
(stadium jalan besar)

28 julai 2011
pertemuan kedua
malaysia vs singapura
(stadium nasional bukit jalil)

jom serbu stadium bukit jalil 2nd leg nanti!!

Sunday, July 3, 2011

kalah, tapi layak

tahniah! itu yang aku boleh kata kepada skuad 'king-gobal. walaupun kalah 3-2 kepada taiwan tadi (semalam), tapi skuad bola sepak negara masih mampu melayakkan diri ke pusingan seterusnya. pasukan yang akan menanti skuad harimau malaya ini nanti adalah pasukan jiran, seteru utama kita, skuad singapura. walaupun skuad taiwan berjaya menundukkan pasukan negara 3-2, pasukan negara layak menerusi peraturan gol tempat lawan dengan agregat 4-4. tahniah ! tahniah! tapi perjalanan masih jauh, masih banyak ranjau yang perlu mereka lalui. masih banyak yang perlu skuad k.rajagobal perbaiki, terutama di bahagian pertahanan. mereka perlu mengelakkan kesilapan seperti terlalu yakin ketika sedang mendahului pihak lawan. contohnya seperti di perlawanan pertama menentang taiwan, ketika sedang mendahului pihak lawan 2-0. mereka seakan-akan sudah meraikan kemenangan mereka ketika perlawanan sedang berlangsung. ini perlu dielakkan daripada berulang lagi. bukan pemain pertahanan sahaja, malah ke semua pemain, perlu mengelak dari mengulangi kesilapan yang sama. apa sekalipun, setinggi ucapan tahniah kepada mereka. teruskan amukan harimau malaya..!

Friday, July 1, 2011

hello julai!

entri kat atas pun dah tahukan
so, senang cerita macam ni
bulan julai ni bagi aku ialah satu bulan mengingati kisah lama
kisah apa?
biarlah aku saja yang tahu ye
semoga cepat berlalu bulan yang penuh dengan kisah lame ini
peace yaw..!

GEGAR BLOG JULAI 2011

anda kalau nak dapatkan hadiah yang menarik, anda disarankan untuk menyertai
pemenang akan menerima hadiah yang ditaja oleh rizi-biz.com
cepat..! tarikh tutup penyertaan pada 4 julai 2011 jam 2 petang
sekian, terima kasih
peace yaw..!

kangen

wah! kangen sungguh saya sama blog saya.. sudah 2 hari saya tidak memblogwalking.. huhuhu..
cuti 2 hari, banyak habiskan masa kat rumah je.. rehat-rehatkan diri serta membesarkan diri.. hahaha! pergi tengok malaysia lawan taiwan.. lama dah tak datang stadium tengok malaysia main.. asyik datang tengok selangor main je kat stadium shah alam.. nanti-nanti je la ye aku upload gambar masa ke stadium bukit jalil tu.. lupe nak bawak kamera datang 'office' ni.. siap beli jersey lagi.. wawawa..! baru nak beli, sebab masa terlalu terhad nak shopping-shopping ni.. beli terus pakai plak.. ni jela buat masa ni aku boleh tunjuk..
masa ni tak ramai orang lagi, tu yang belakang aku kosong.. bila dah start kick-off, baru reramai masuk.. nanti saya upload gambar lagi hokeyh.. nak pukol 1 dah ni.. salam.. peace yaw..!
*pssstt.... jersey baru beli jersey baru beli.. hehehe.. yang penting, ada hamba Allah kata yang muke saya macam seth tan.. yeke..? pahtu kate saya sudah kurus! yeay...! terima kasih ye.. :)))