seguidores

Thursday, November 12, 2009

Rantai Art Idealist


RANTAI ART IDEALIST
Vanue : The Red Bungalow, KL
Time : 10.00 am - 10.00 pm
Date : 18/12/09 - 20/12/09

Tuesday, November 10, 2009

Orang Malaysia

Aku tak paham la dengan orang Malaysia ni skrg.. Dulu komplen, cakap name je negare Islam, tapi ta laksane kan hukuman care Islam a.k.a HUKUMAN HUDUD.. Bile dilaksane kan, cakap lain pulak.. Contoh ny macam sorang model sambilan yg dijatuhi hukuman sebat 6 kali.. Lepas masok berite je, bukan main lagi bantah.. Model tu sendiri mengaku die bersalah dan redha hukuman tu dilaksana kan.. Yang masyarakat Malaysia nak marah kenape pulak? Sebab die dah ade anak? Dan sebab tu die tak boleh kene sebat.. Camtu alasan korang? Pikir la wahai rakyat Malaysia semua, kalo itu alasan korang, sampai kiamat pun, tak akan terlaksane hukuman cara Islam di dalam negara kita ni.. Korang sepatutnya jadi kan hukuman ini satu pengajaran.. Supaye korang takot nak buat kesalahan yang same.. Ini kalau korang tak bagi hukuman tu di laksane kan, orang lain mesti akan buat kesalahan tu balik.. Sebab nya, orang akan pikir yang Kerajaan Malaysia ni, lembut hati.. Jangan salahkan kerajaan jikalau itu yang terjadi.. Anak-anak melayu sekarang, dah tak macam melayu lagi.. Bila sesuatu terjadi, kerajaan yang di persalah kan.. Kate kerajaan takot ambil tindakan.. Bila tindakan di lakukan, cakap yang bukan-bukan.. Cakap kerajaan yang salah.. Macam-macam ragam rakyat Malaysia..

Monday, November 9, 2009

Tenang Saja..


Lokasi : Pulau Pemanggil, Johor..
Photographer : Fatein Harzizi..

Fanatiknya Peminat Bola Sepak Di Malaysia

Memang bagus kalau di negara kita ini masih mempunyai peminat setia terhadap bola sepak negara.. Saya juga peminat setia salah sebuah pasukan negeri di Lembah Klang.. Namun tidaklah sampai untuk membakar kerusi serta kain rentang yang tersedia ada.. Itulah senario yang dapat kita lihat semasa berlangsungnya perlawanan akhir Piala Malaysia baru-baru ini di Stadium Bukit Jalil.. Dimana para penyokong sebuah pasukan bertindak liar sehingga merosakkan kerusi di Stadium Nasional tersebut.. Bukan ini yang ingin kita lihat di dalam sesuatu acara sukan.. Bukan hanya khusus terhadap bola sepak, terhadap mana-mana sukan juga sekalipun.. Apa sudah jadi dengan anugerah penyokong terbaik??? Adakah Pihak FAM terpaksa mencipta satu anugerah terhadap pasukan yang mempunyai penyokong paling liar??? Sepatutnya ini tidak berlaku sekiranya anda merupakan peminat setia pasukan anda.. Bukan untuk menunjukkan bahawa para penyokong pasukan lain tidak pernah bertindak liar, tetapi tidaklah sehingga menyebabkan kecederaan yang serius terhadap seorang jurukamera RTM mahupan penyokong pihak lawan.. Bagaimana ini boleh terjadi dalam kancah bola sepak kita?? Bagaimana mereka boleh menyeludup mercun serta bunga api ke dalam stadium?? Cuba kita lihat ke negara lain, peminat fanatik mereka tidaklah sampai membakar kerusi di stadium mereka.. Kenapa mereka boleh untuk menahan diri mereka dari merosakkan harta benda di dalam stadium mereka, tetapi kenapa tidak kita?? Kita juga boleh dikategorikan seperti mereka apabila para penyokong kita juga sanggup untuk merosakkan harta benda di luar stadium.. Ini boleh kita lihat semasa Kelantan menentang Negeri Sembilan ketika separuh akhir pertama Piala FA, di mana sebuah trak polis diterbalikkan serta dibakar oleh penyokong tuan rumah gara-gara tewas 0-1 terhadap pasukan lawan.. Jika kita imbas kembali, 2 buah pasukan pernah didenda pihak FAM gara-gara tindakan para penyokong yang bersikap agresif setelah perlawanan dibatalkan akibat padang digenangi air hujan.. Para penyokong kedua-dua pasukan sanggup untuk melontarkan kerusi yang disediakan untuk duduk ke dalam padang menunjukkan protes terhadap perlawanan yang dibatalkan.. Walaupun kancah bola sepak negara kita tahun ini sudah melabuhkan tirainya, namun pihak FAM perlu melihat kembali apa yang telah terjadi sepanjang tahun ini serta tahun-tahun sebelumnya, agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.. Jangan sampai ada yang takut untuk ke stadium.. Bukan sebab apa, tapi sebab dilontar dengan kerusi atau mecun..