seguidores
Monday, November 9, 2009
Fanatiknya Peminat Bola Sepak Di Malaysia
Memang bagus kalau di negara kita ini masih mempunyai peminat setia terhadap bola sepak negara.. Saya juga peminat setia salah sebuah pasukan negeri di Lembah Klang.. Namun tidaklah sampai untuk membakar kerusi serta kain rentang yang tersedia ada.. Itulah senario yang dapat kita lihat semasa berlangsungnya perlawanan akhir Piala Malaysia baru-baru ini di Stadium Bukit Jalil.. Dimana para penyokong sebuah pasukan bertindak liar sehingga merosakkan kerusi di Stadium Nasional tersebut.. Bukan ini yang ingin kita lihat di dalam sesuatu acara sukan.. Bukan hanya khusus terhadap bola sepak, terhadap mana-mana sukan juga sekalipun.. Apa sudah jadi dengan anugerah penyokong terbaik??? Adakah Pihak FAM terpaksa mencipta satu anugerah terhadap pasukan yang mempunyai penyokong paling liar??? Sepatutnya ini tidak berlaku sekiranya anda merupakan peminat setia pasukan anda.. Bukan untuk menunjukkan bahawa para penyokong pasukan lain tidak pernah bertindak liar, tetapi tidaklah sehingga menyebabkan kecederaan yang serius terhadap seorang jurukamera RTM mahupan penyokong pihak lawan.. Bagaimana ini boleh terjadi dalam kancah bola sepak kita?? Bagaimana mereka boleh menyeludup mercun serta bunga api ke dalam stadium?? Cuba kita lihat ke negara lain, peminat fanatik mereka tidaklah sampai membakar kerusi di stadium mereka.. Kenapa mereka boleh untuk menahan diri mereka dari merosakkan harta benda di dalam stadium mereka, tetapi kenapa tidak kita?? Kita juga boleh dikategorikan seperti mereka apabila para penyokong kita juga sanggup untuk merosakkan harta benda di luar stadium.. Ini boleh kita lihat semasa Kelantan menentang Negeri Sembilan ketika separuh akhir pertama Piala FA, di mana sebuah trak polis diterbalikkan serta dibakar oleh penyokong tuan rumah gara-gara tewas 0-1 terhadap pasukan lawan.. Jika kita imbas kembali, 2 buah pasukan pernah didenda pihak FAM gara-gara tindakan para penyokong yang bersikap agresif setelah perlawanan dibatalkan akibat padang digenangi air hujan.. Para penyokong kedua-dua pasukan sanggup untuk melontarkan kerusi yang disediakan untuk duduk ke dalam padang menunjukkan protes terhadap perlawanan yang dibatalkan.. Walaupun kancah bola sepak negara kita tahun ini sudah melabuhkan tirainya, namun pihak FAM perlu melihat kembali apa yang telah terjadi sepanjang tahun ini serta tahun-tahun sebelumnya, agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.. Jangan sampai ada yang takut untuk ke stadium.. Bukan sebab apa, tapi sebab dilontar dengan kerusi atau mecun..
Publicado por
Encik Haziq Harzizi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
terbaek ar . slamat N9 mng . i lyke . supporters klntn xptt cmtuh . ish3
Post a Comment