seguidores

Sunday, December 11, 2011

percuma, bukan untuk dijual

aku ada dapat rungutan dari seorang pakcik ni
katanya borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang sepatutnya diberi PERCUMA
telah dijadikan alat untuk memperoleh oleh sesetengah pihak
mereka menjaja borang tersebut dengan harga RM50/sekeping
kalau dah 10 orang yang beli, tak RM500 dapat
jadi kepada mereka yang terasa ditipu, sila membuat aduan di mana-mana ibu pejabat polis
biarkan mereka yang tidak bertanggungjawab menerima nasib mereka



*kalau nak kaya pun, bukan dengan cara ni. tak baik menindas orang lain
renung-renungkan.

Ezad Lazim - Percintaan Ini

BR1M

hari pertama bekerja di luar pejabat
sampai Tanjung Karang dalam pukul 630
semua kerja si lalat, nak sangat gerak awal
aleh-aleh lepak kat warung sampai 730 pagi, nasib ada sarapan
jam 9 kaunter dibuka dan apa yang kami terima amat mendukacitakan
namun segalanya berubah selepas jam 11 pagi
borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M) tiba bagaikan air
tak menang tangan dibuatnya
nasib pihak UMNO cawangan Tanjung Karang datang membantu kami
setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada kalian kerana membantu kami
dan kami akan berada si sana selama 4 hari lagi, yakni pada hari Selasa hingga Jumaat
dan saya hanya akan berada di SK Sungai Limau, Sungai Panjang selama 4 hari
bermula pada 13/12 sehingga 16/12
bagi sesiapa yang masih belum menyerahkan borang tersebut,
sila serahkan borang sebelum 9 Januari 2012.

Friday, December 9, 2011

outstation

esok awal pagi dah kena bertolak ke smk dato' harun tanjung karang
ini semua kes bantuan rakyat 1 malaysia
hah! sesiapa yang nak dapatkan borang,
esok boleh dapatkan borang-borang ye
aku ada kat sana 1 hari saje
13/10-16/10 pula aku akan ke sk sg limau, sg panjang
semoga berjumpa di sana
peace yaw!

Thursday, December 8, 2011

untuk awak

saye memang suke awak lupekan saye
sebab awak layak untuk dapat yang terbaik
maafkan saye, saye terpakse
untuk kebaikan awak juge
maafkan saye

parah

memang gua suke sangat
masuk celah sane, celah sini
tapi masalahnya der
gua nak kena ada kat sane pukol 9 pagi bro
lu nak gua keluar rumah pukol berapa?
ingat dekat ke shah alam ke tanjung karang?
shah alam ke sungai limau, ke sungai panjang sana?
parah ni bro, parah

Wednesday, December 7, 2011

Alif Satar - Lelaki Seperti Aku

tunggu

sampai mati aku akan tunggu
selagi aku tak dapat jawapan aku
aku akan tunggu
insyaAllah apa yang terjadi, aku akan tetap tunggu

hidup mati tetap keluarga

apa masalah nak gaduh sama keluarga sendiri?
mati hidup balik pun tetap darah daging maa
jangan belajar je tinggi, tapi otak sampah
tapi kalau pergi belajar, tapi dalam kelas malas, pun tak guna jugak
baik tak payah, habiskan duit bapak je
aku cakap untuk umum, tapi kalau sesiapa yang terasa, maaflah ye
aku cakap sebab korang tu keluarga aku jugak
kalau tak ada yang nak menegur, siapa lagi
bukan aku nak tunjuk baik, tapi kita hidup ni kena ingat-mengingati
kang kalau ada masalah, keluarga jugak yang di cari
kawan-kawan bukan sentiasa ada sama dengan kita
fikir-fikirkan
maaf kalau ada yang terasa ;p

sabtu ahad

demm! dapat taw kene keje sabtu ahad
igt dapat la nak lari dari keje hari minggu bile masok keje opis
ape nak buat, koje je
selamat bekerja pada sabtu dan ahad pada semua yang bekerja di bawah program 500
HAHAHAHA!

manusia paling buruk

manusia yang paling buruk ialah
orang yang suka bersangka buruk terhadap orang lain
jadi janganlah kita bersangka buruk terhadap orang lain
kerana kita semua adalah sama

Sunday, November 20, 2011

tipu, tipu, tipu

kadangkala kita terpaksa menipu diri sendiri
semata-mata untuk kebahagiaan orang lain
dan adakala kita terpaksa menipu orang lain
itu juga hanya untuk melihat kebahagiaan mereka
walaupun mungkin ada yang akan menafikan kata-kata ini,
tapi percayalah bahawa ia adalah benar
sama ada anda menipu diri sendiri,
atau anda menipu diri saya
tepuk dada, tanya hati.

kejadian dan hikmah

setiap kejadian ada hikmahnya
setiap kejadian yang terjadi ada kebaikan
Allah tidak zalim kepada umat-Nya
seharusnya kita terima dengan redha apa yang terjadi kepada kita
apa yang telah terjadi merupakan satu pengajaran buat diri kita
untuk kita tempuh masa mendatang, InsyaAllah..

hilang la pulak

apasal tetibe hilang pulak gambar ni..
adoyai.. aku baru nak upload..
bikin wa panas je la..
demmm!

esok

esok, hari baru
kehidupan baru
semoga dapat aku laluinya
insyaAllah

Tuesday, November 15, 2011

are you talking to me?

am I heartless?
I'm doing this because I'm not the heartless man
I'm doing this because I care about you!
you told that you understand
thank you very much

gila novel datang balik

2 malam, 2 novel aku settlekan
malam kelmarin aku settlekan novel Anita Abdullah
tajuk novel tu, Rindu Saliha
nak aku cerita satu persatu, memang tak dapatlah
kalau nak tahu cerita tu macam mana
pergi carik buku tu, dan bace sendiri
malam semalam aku bace balik buku lama
nukilan Sri Diah, novel yang bertajuk Jangan Ada Dusta
buku ni dah lama dah aku beli
and semalam kali kedua aku habis baca
sekarang kat tangan aku ni pun ada satu lagi novel
hasil nukilan Anita Aruszi, Tiada Sepertimu
InsyaAllah kalau tiada halangan
malam ni jugak aku boleh habiskan
so esok aku boleh pulangkan pada tuan empunya novel
dan pinjam novel yang baru
peace yaw!

sesiapa sahaja

"manusia berhak untuk menyayangi sesiapa sahaja pun"

-Jangan Ada Dusta, Sri Diah-

cinta itu

"cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan,
cinta tidak mengajar manusia menghina diri tetapi menhembus kegagahan,
cinta juga tidak melemahkan diri tetapi membangunkan semangat"

-HAMKA, Tenggelamnya Kapal Van Der Wick-

aku ingin, aku tak ingin

aku ingin menjadi seperti Dr. Saif Hilfi yang berjaya mendapatkan cinta yang didambakan
tapi apakah mungkin itu akan terjadi jika aku seperti Haikal
tidak sanggup untuk aku menjadi seperti Zamawi
adakah dikau Intan Nur Saliha yang aku impikan selama ini?

-Rindu Saliha, Anita Abdullah-

Sunday, November 13, 2011

lagu antarabangsa & tempatan

memang lagu lama
dah berzaman dah lagu mereka
tapi sekarang dapat perhatian aku
yang aku maksudkan ialah lagu Chop Suey! & B.Y.O.B
ada 1 lagu yang aku dengar
lagu dari Slipknot, Eeyore
3 lagu ni, mesti aku dengar kalau aku online
lagu artis tempatan aku dengar juga
lagu Kita Satu & Cinta Itu Ketawa & Airmata
apa-apa pun, setinggi mana kita minat lagu antarabangsa
lagu tempatan lagi aku minat
peace yaw!

Wednesday, November 9, 2011

pakcik tu kata

pakcik tu kata, "betul ke korang ni main bola?"
"badan masing-masing dah macam main ragbi je"
hah! sampai skrg aku igt pakcik tu cakap macam tu..
even mase tu aku still bersekolah rendah
tapi mulot pakcik tu memang masin
masok sekolah menengah, aku lebih minat ragbi dari bola
terima kasih pakcik sebab kata-kata pakcik
dan sebab belanja kami semua makan roti canai dengan ais kosong
hehehehe..

mimpi punya pasal

adoi.. macam mana boleh masuk dalam mimpi pulak ni?
dengan ajak aku pergi tengok teater lagi.. pelik!
dah tu, siap panggil aku "b"
muskil-muskil
.

.

.

.

.

.

.

.

.

hai la yasmin hani..
aku pun tak tahu macam mane ko boleh masuk mimpi aku..
waccchhhhaa!!

Monday, November 7, 2011

sepi

biarkan ia sepi
sepi dari sebarang bunyi
biarkan ia tenang seketika
dan kembali beraksi bila tiba masanya

Dia yang Maha Mengetahui

Dia yang tahu mana yang terbaik untuk diriku
hanya kepada Dia aku berserah
jika ada, Alhamdulillah
jika tiada, Alhamdulillah
semuanya terbaik untuk diriku
yang lalu, biarkan berlalu
biarkan ia menjadi ukuran, menjadi petunjuk
sejauh mana aku telah tersasar dari jalan yang benar
mungkin aku tidak perlu untuk memilih
biarkan Dia yang menentukan segala
namun Dia menyeru umat-NYA untuk berusaha
dan jika itu yang telah diperintahkan
akan aku berusaha untuk memperbaiki diri aku
sebelum aku tersasar lagi jauh

better than me

u should get a better than me
i'm sorry

Friday, November 4, 2011

petanda atau mainan syaitan

adoi, macam mana boleh muncul dalam mimpi?
adakah ianya suatu petanda atau hanya mainan syaitan?
kalau ianya petanda, aku redha dengan apa yang bakal terjadi
tetapi kalau mainan syaitan, harap ia dijauhkan.

I will

am I stupid?
maybe yes
if I can go through before this
it's mean I also can for the next day
I wish have a strength
I will wait until the moment
I will.

Thursday, November 3, 2011

target

time to silent
silent from everything
focus to something
that's my target.

Tuesday, November 1, 2011

baik buruk, terima saja

"apa pun sikap mu aku terima
asalkan ada kebaikan
walaupun sering kau ku tinggalkan
itu tiada bermakna kau ku abaikan"

lestari - cinta itu ketawa dan airmata

satu

"sampai bila harusku pendam
layar cinta dan perasaan
dengar lafazku bisikkan
kita telah ditakdir bersama
untuk hidup di dunia
malam siang kita jadi satu
kerana engkau adalah milikku"

spider - kita satu

Monday, October 31, 2011

do to die or die to do

adalah lebih baik kita mencuba sesuatu
walaupun pada dasarnya kita tidak tahu apa yang bakal kita lalui
dari kita cuma duduk diam
dan gembira jika keputusan itu adalah betul
kerana kegagalan akan mengajar kita erti sebuah kehidupan.

hold me, bring me

i'm lost without you
so please, hold my hand
and bring me to the light
i'm begging you
only you can bring me to the light

Sunday, October 30, 2011

Love is Laughter & Tears


lagu yang makin aku minat sekarang
semua gara-gara acap taiping.. HAHAHA

Friday, October 28, 2011

cepat dan pantas ditinggalkan

kalau aku boleh panjangkan masa
kalau aku boleh berhentikan masa
akan aku berhentikan dan panjangkan masa tadi
seakan masa yang ada cemburu dengan apa yang telah berlaku
bagaikan satu mimpi, yang bisa aku sentuh dan rasa
apa yang boleh aku harapkan sekarang
cuma masa itu akan kembali berulang pada masa akan datang
akan aku tunggu kedatangan masa itu
akan aku tunggu.

Thursday, October 27, 2011

you stole, I ask as a retaliation

yaw!

I miss you

I miss you

I miss you a lot!

yes you

you are the chosen one

you the one who read this post

you the one who stolen my heart

maybe you don't realize it

but you already stolen my heart

can I have your heart

as a retaliation.

Labah-Labah - We Are One


sumpah aku minat lagu ni sekarang
pantang pergi karaoke
mesti aku carik lagu ni
kalau takda, hilang mood aku nak karok

walaupun sekejap

walaupun sekejap
aku tetap seronok

walaupun sekejap
aku tetap gembira

walaupun sekejap
aku akan tetap mengingati

walaupun sekejap
aku tetap di sini

Wednesday, October 19, 2011

fullstop

aku terdiam dan membisu
fullstop

lupa la aku

semalam ade bola ke?

mane lawan mane?

hehehehe

yang aku ingat

semalam ada uefa champions league

tapi aku set untuk real madrid je

tu pun madrid menang 4-0, lawan lyon

benzema, khedira, lloris(o.g), ramos

Monday, October 17, 2011

cerca y lejos

más lejos

y mucho

y más lejos

ni siquiera cerca

se sentía muy lejos.

Yo no lo puede controlar

y es incapaz de controlarlo.

Saturday, October 15, 2011

giliran penyu pulak

brader polis, tumbang

helang, tumbang

seladang, TUMBANG!!

lepas ni turn penyu pulak

tunggu sang gergasi merah mengamuk di SSA (18/10)

dan di SSNS (22/10).

Thursday, October 13, 2011

gugup punya pasal

tak habis-habis dengan gugup
asal nak interview, mesti gugup
lepas tu cakap tah pape tah
demmm!
tadi pun same
mase aku interview kat hong leong pj
tah ape tah aku merapu
dari ade soalan aku nak tanye,
sampai aku cakap kat orang tu "takde"
ape la nasib badan
kalo dapat, nak di hantar pegi maju junction
ape dah jaoh ke sane
parah beb
tapi ape-ape pun, selesai dah interview tadi siang
kalau dapt, alhamdulillah
kalau tak dapat, bukan rezeki aku kat hong leong
mungkin ade kat tmpt lain, insyaAllah

Monday, October 3, 2011

cahaya dan bayang-bayang

haih! susah betul macam ni
kang aku cakap, terasa
susah nak buat ape-ape dengan tenang
ade je yang ngikot
tolong la faham
aku punya hak aku nak buat ape saje
lagi satu, kau sape sebenarnye?
ape masalah kau?
ape yang kau nak dari aku?
tolong la ye
kau tu bukan bayang-bayang aku
faham tak!!
kau ikot bayang-bayang kau sendiri la b****!
p****** betol la
kau yang pergi, sekarang kau kacau hidup aku?
kau boleh blah la
aku senyap je dengan kau selama ni,
sebab aku ingat kau boleh jadi kawan aku
tapi sekarang ni kau dah lebih
boleh tak, kau buat hal kau,
aku buat hal aku
kirenye kau tak payah nak jadi spy-spy ni
penat taw
dah la
kalau kau faham, bagus la
kalau tak, maybe aku kene cakap keling dengan kau
itupun kalau kau tau yang aku post ni, pasal kau

Sunday, October 2, 2011

the truth awesome

"boy : awak, cuba tutup mata rapat rapat dgn tgn awak .
girl : kenapa ?
boy : buat je laa .
girl : ermm..ok .
boy : gelap tak ?
girl : yup !
boy : tu lah hidup saya tanpa awak ..:) ♥"


betul ke ni?
aku tak rase betul langsung..
apa yang betul ialah
kite merasa gelap tanpa parents,
kite merasa gelap tanpa agama.
and that's the truth!
the truth awesome.

Friday, September 30, 2011

tanpa kata, tanpa bicara

without words,
without talks,
without anything,
I knew that she really miss me
wind, help me to let her know that
I really miss her too. =))

Thursday, September 29, 2011

I will not.

I will not do it again.
and I'm sorry if I do ​​it again.
forgive me.
out.
I will not.

Wednesday, September 28, 2011

kenapa oh kenapa?

kenapa romance?
kenapa bliz?
apa buat kalian muncul semula?
aku tidak mengerti.
hingga ketika ini, aku masih ingat setiap bait-bait lirik lagu
"mimpi yang mati" serta "ku ingin kamu".
aku tak mengerti.
dan aku ingin kau memberi aku jawapan,
kenapa lagu itu muncul semula.
dan membuat aku ingin dengarkan lagu tersebut,
setiap hariku.
aku merayu, tolonglah berikan jawapan kepadaku.

Monday, September 26, 2011

oouuuuuhhhh.....!

aku tetap dengan 5
tak cukop mase weyh
igt senang ke?
kaw lain, aku lain
semua aku kene carik
kalo tinggi sangat
mane aku nak cekaw?
sebab tu aku target 5
ade mase aku nak carik mende alah tu
haarap maklum

Saturday, September 24, 2011

dari Melaka.........

status : sangat mengantuk, sebab baru tiba dari Melaka jam 7 pagi tadi

Friday, September 23, 2011

kau tolong aku untuk aku tolong diri kau

bukak lagi..
dah berape lame aku tak bukak..
bile bukak, mule la aku jadi tak siuman..
bile tak bukak, asyik suroh bukak..
suroh aku tengok..
masalah besar kaw ni..
kadang-kadang aku sendiri tak faham dengan perangai kaw..
kaw memang macam ni erk?
suke buat aku jadi tak tentu arah?
hmmm.. takpe la k..
banyak mase lagi untok kaw..
ape yang penting skrg, mase depan kaw, mase depan aku..
kaw kene bagi aku capai impian aku dulu..
baru aku boleh tolong kaw capai impian kaw..
kaw tolong aku untuk aku tolong kaw..
kite kene win win..
ada paham wahai organ yang bergelar HATI?

Saturday, September 17, 2011

bikin wa panas je dalam aircon ni

kau kalau tak buat aku panas tak boleh ke? kau taw kn aku sorang je.. bukannye aku ade partner dalam kedai ni.. semua keje kau nak aku buat.. dari depan kedai, sampai depan kedai.. ok, aku taw tu tugas aku.. aku tak marah pasal tugas tu.. yang buat aku marah, apasal kau tak carik lagi sorang? takot sangat sales kau tak cecah 40k sebulan? otak ada, pakai la.. kalau dah customer tu bingai tahap nak mampos, nak tekan loceng pun nak kene ajar, kau carik sorang boleh? sorang kira stok kat belakang, sorang lagi jage kaunter.. so takda la aku nak kejar-kejar angkat talipon la, bukak pintu untuk customer la, ape lancau lagi la.. aku keje hari-hari, kau ade kate pape tak? tak ada kan.. anak-anak kau boleh pakai ke? sikit pun tak.. baru kau mintak tolong, ape lancau mintak balasan macam-macam.. cuti kat pulau la, bayar duit kereta la, gaji nak seribu la.. aku? seribu ade cecah? ade? tak ada kan.. kau taw, aku masuk on time, balik lewat sikit.. tapi memang tak la kn aku buat.. sorry arr.. bile sales tak bagus, nak marah aku.. ape celop.. aku ke yang beli barang-barang ni? yes aku beli..! hari-hari ke? banyak pulak gaji kau kasi aku nak aku beli hari-hari.. ape aku dapat? setakat kupon, ape la sangat.. kalau kau nak tahu macam mane rase duduk kat tempat aku ni, kau jage sini la.. ini kejap-kejap keluar.. ape la kau taw sangat kan.. setakat promote barang, aku boleh la.. cume aku sangat malas nak buat.. sebab? lu pikir la sendiri.. keje separuh mati, semua bende kau arah aku buat, gaji macam ape.. kau sape? yes kau bos aku.. tapi ade aku kisah kau bos aku? sikit pun tak.. kalau rase aku tak bagus, kau carik la orang lain cepat-cepat.. sebab aku nak rimas dah dengan keadaan dalam kedai ni.. cepat-cepat la ye..

Tuesday, September 13, 2011

deria ke-6, that fulfill me


lagu lama yang aku suke nak dengar.
thats why aku post lagu ni. :))

best dapat jumpa awak.....

awak.. saya gembira sangat awak terima saya semula..
lagi buat saya gembira bila family awak layan saya dengan baik..
then awak bagi saya coklat, even coklat tu macam dah lama awak simpan..
tapi saya makan jugak sampai habis, depan-depan awak lagi saya habiskan..
mase tu saya teringat yang saya tertinggal barang dalam kereta..
so saya pergi amik barang tu..
then awak taw ape yang jadi?

.

.

.

.

.

.

.

"haziq, dah pukol 10 dah ni!"
saya dengar suare ibu, kejut saya bangun..
pfftttt.. rupe-rupe nye saye mimpi je..
arghhh! kenape mimpi? kenape?
tersekse jiwe dengan rage saye awak taw..
bdweyidgywerijroifq90wfhruiefgqwefuqj9f!!!!

Monday, September 12, 2011

malaysia di barclays premier league

MAS dan Air Asia bakal menjadi penaja pakaian untuk pasukan Queens Park Rangers.apa lagi, jom rembat satu kat mana-mana stall yang ada jual jersey ni.
*nasib peramugari yang jadi model tak jual, kalau tak... hehehe

sambal tempoyak

mula dengan bismillah, then makan sampai licin. tu lah aku kalau dapat sambal tempoyak. sedap sehingga licin sambal tempoyak tu. hehehe. firstly aku mengaku yang aku tak suke makan tempoyak, tapi tu dulu. lepas aku kene dengan masak lemak tempoyak ikan patin mase aku kat ipoh dulu, aku terus melekat dengan tempoyak ni. kalau makan tengahari takda sambal tempoyak, longlai aku nanti. bile dah kene, nikmat rase nye. hari ni dah 3 hari berturut aku lunch pekene sambal tempoyak. kire menu wajib la kalau lunch. then mesti ade masak lemak pucuk ubi. tu pun salah satu menu yang mesti ade. :))

Sunday, September 11, 2011

rilek je..

kalau orang dah taknak dengan kite, nak buat macam mane.. kau nak pertahankan hak kau boleh, tapi jangan pakse.. sebab perkare yang dipakse, tak ke mane.. pakse-pakse ni macam kau tipu diri kau sendiri.. kau lupe kan je die.. bunga bukan sekuntum bro.. yes aku taw, bukan senang kau nak lupe kan die, nak 2 tahun plak kan kau dengan die tu.. so, kitorang as adik-beradik kau ni, tak kan lepas tangan punye.. maksud aku bukan pukol budak tu, kang ade ke lokap jugak nanti.. maksud aku, kitorang ni yang akan selalu dengan kau, buat kau happy.. buat kau lupe kan kejap.. so, kau rilek saje bro.. kitorang sentiase ade dengan kau.. kalau aku tak angkat call kau ke, kau taw nak carik aku kat mane kan.. si monyet tu pun ade.. rumah kitorang pun kau taw kn.. tadahal punye la bro.. kicik punye hal.. hehe

kay ef si

semalam aku dengan kawan aku pergilah tebus hot tiket, so dapatlah kitorang makan kfc. cuma yang tak bestnya, banyak sangat stok tak ada. nak tebus colonel burger, tak ada. cheesy wedges pun tak ada. huh! apa pun tak boleh. lastly aku tebus 2 ketul ayam, tu pun just ada spicy yang tak berapa nak spicy, maybe rempah kat tempat diorang pun tak ada stok agaknya. panas jerk semalam. cuma hujan kat area shah alam telah menyejukkan hati. kitorang beli take away aje. beli dekat kfc satu tempat tu, then makan dekat dataran bawah. lepas makan lelap kejap, wawawa! bukan tak nak balik, tapi kitorang tunggu si adi dengan ina. kira dalam pukol 130 la kitorang berambus dari sane. mengantok der. apapun, kfc kat area tu, maybe itu yang first and last aku datang. kalau nak aku datang lagi, sila pastikan stok semua ada. hehe

Saturday, September 10, 2011

fight for your right

I would try to get it back,
although I knew it was a mission impossible with my situation.
but because it was my dream
I will fight until my eyes shut tightly.
I will get what I give up just like that.

Friday, September 9, 2011

zzzzzzzzz

taknak cakap sudah.
malas aku nak tanya lagi.
babai.

langkah satu, selesai.

step 1, done.
sorry if troublesome .
feel calm when I finished step 1.
still have a million steps to do,
and still have another 4 to 5 years to know the decision.
insyaAllah.
pray for my future greatness.

dia mai balik pulak dah

semalam waku teman member aku pergi ilang kan tension, kitorang pegi karoke kat bintang seksyen 7 sane tu. dengan aku sekali terilang segala beban kejap. cuma mase karok tu pun aku rase macam aku ni kosong a.k.a blank. kadang aku rase macam sedih, sunyi. eh, semua ada lah. bangun je pagi ni, masalah aku datang lagi. and aku rase makin parah pulak sejak hari rabu. aku tak taw macam mane aku nak buat lagi dah. nak tak nak, aku nak selesaikan masalah aku ni. insyaAllah.

Thursday, September 8, 2011

which way?

which way should I go through?
often I will find a way to force me to turn back to the junction.
whether I choose the wrong road?
I am getting stuck with my choice.
do I still need their help to me choosing the right path.
way that will not make me to turn back to the junction.

raya oh raya (gambar)

belah ayah at shah alam

 cucu-cucu haji harun & hajah arti

the guys at rumah nenek senah, klang

the ladies

dengan ayong(middle) and jeet suraya(left)


hensem tak saye buat muke macam ni?
wawawawa..

kerna dia

dari mula hingga akhir,
dari celik hingga pejam,
dari dahulu hingga hari ini, dan selamanya,
semuanya kerna dia

kerna dia yang sentiasa membuat aku tersenyum
kerna dia yang sentiasa membuat aku tidak tenang memikirkannya
kerna dia yang sentiasa membuat aku meronta pergi kepadanya
kerna dia yang sentiasa membuat aku bahagia
semuanya kerna dia

shower cream buat shampoo rambut

balik semalam aku pening-pening then terus masuk toilet nak mandi.. sebab pening sangat, aku main picit je botol kat singki tu nak shampoo rambut.. sedap je aku shampoo.. dah bilas semua aku rase rambut aku kesat semacam.. sekali aku tengok botol tu tertulis "shower cream".. hahaha.. ape punye hal lah.. dah kene shampoo balik rambut aku.. tapi apadehal, rambut punye pasal.. shampoo aje la.. kang rosak plak rambutnye ni.. :))

yesterday

yesterday
yesterday has passed quickly
till I longed to do it again.

yesterday
yesterday was leave me
is unlikely I will see another yesterday.

yesterday
yesterday if I had time control
I will repeat, and stop time yesterday.

yesterday
yesterday, I am sure will miss you.

Monday, August 29, 2011

duit raye

nak bagitahu yang aku dapat duit raye dari bos aku.. 200 dia bagi.. alhamdulillah.. :))

ye ye, raye

ok. semua dah tahu yang hari ini last puasa, insayaallah. so dengan automatiknya bahawa esok dah raya. di kesempatan ini aku nak minta maaf jika ada salah silap selama aku menjadi blogger ini. kot ada yang terasa hati dengan post-post aku yang sebelum ni. aku minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. zahir dan batin. tapi nape erk? aku macam sedih je nak-nak raye ni. hmm, lupekan. ape-ape pun, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. ahah! sebelum aku terlupe. kepada adik-adik yang kat luar sane tu, janganlah main mercun ye. even dah banyak kes putus jari, melecur muka, sampai ada yang tercampak atas pokok, amiklah ia sebagai iktibar. jangan nak tunggu sendiri kena baru nak menyesal. berhenti dulu sebelum terkena. salam.

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Salam AidilAdha

Sunday, August 21, 2011

yeah!

aku dapat balik facebook aku.. alhamdulillah.. ;))

hijack

facebook saya telah di"hijacked"
terima kasih kepada anda yang telah merampas facebook saya
semoga anda aman di sana nanti
salam

shopping lagi...

hehe.. semalam aku punye giler berjalan.. dari shah alam ke keramat, then balik ke shah alam.. dari jam 2 petang, sampai jam 4 pagi.. wawawawa! kire punye kire, separoh hari jugak la aku berjalan mencari barang.. tap last2 aku beli kat uptown24 je.. heee.. semalam je aku dapat rayban polarized satu, short jeans then beli patung domo satu.. bile aku ingat balik, semua barang yang aku beli tahun ni, majoritinya dari uptown24.. kasut aku beli kat uptown, owter seluar pun kat uptown.. cuma flip flop je aku beli online.. tu pun sbb member aku yang jual.. support member bro.. bile nak raye ni? terase nak melaram plak.. wakakaka! kepada cik gemok, selase nanti saye pos ye natang kale cekelat tu.. atleast paling cepat, rabu dah boleh dapat dah.. ngam-ngam awak sampai rumah.. hm.. out dulu la yer.. perot meragam ni.. kes sahor meggi je tadi la ni.. chow.. peace..

Thursday, August 18, 2011

anjing dan kucing

korang dua memang tak boleh nak jumpe erk? asal jumpe je nak gadoh.. asal jumpe je nak gadoh.. cube arr kalo jumpe tu tak bergadoh.. macam bebudak dah aku tengok.. aku tengok pun aku sakit hati.. even team aku kalah 3-2 awal pagi tadi, yang buat aku panas korang due asik nak bergadoh je.. kalo main bola tu, kad merah tak sah lah kalo kad merah tak keluar.. pagi tad 3 kad merah reff layangkan.. 2 untuk real madrid, marcelo dan mesut ozil, dan 1 untuk barcelona, david villa.. dah la main kelam kabot.. bikin wa panas je.. tahniah buat team catalan sebab menjuarai spanish supercup.. buat team kebanggaan aku, real madrid, its ok.. smlm korang main best.. first time aku tengok pep guardiola cuak bile benzema jaringkan gol penyamaan minit ke 81.. tapi tuah milik barcelona setelah messi menjaringkan gol kemenangan 3 minit sebelum masa sebenar tamat.. apa-apa pun, aku tetap los blancos.. hala madrid..!

Berbuka Puasa Bersama Budak Juntech 7th Batch - 17/08/2011

gambar-gambar yang akan ditunjukkan adalah untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. sila awasi anak-anak serta adik-adik anda. ini adalah amaran.

ini adalah diantara ragam-ragam yang tidak sama sekali dibenarkan untuk anda mengikuti. masih banyak lagi gambar-gambar yang masih belum di upload, kerana menunggu empunya kamera selesai mengedit gambar. perhatian kepada encik taufiq ahmad serta encik fuzz, sila cepat meng"upload" gambar.

Wednesday, August 17, 2011

made in uptown

murah je. aku tak mampu nak beli mahal-mahal. alang-alang nak beli kasut, beli sekali yang boleh pakai buat pergi interview ke, kerja ke. senang, tak payah aku nak pergi cari kasut lain.

Tuesday, August 16, 2011

Manchester City vs Swansea 4-0


Two-goal Sergio Aguero made a dramatic debut as Manchester City crushed promoted Swansea to make a winning start to their Barclays Premier League campaign.

Barca ikat Fabregas

fabregas melambaikan tangannya kepada peminat di nou camp

BARCELONA: Kapten Arsenal, Cesc Fabregas sudah melengkapkan perpindahan ke Barcelona apabila menandatangani kontrak lima tahun dengan kelab zaman remajanya, menurut kelab gergasi Sepanyol itu semalam.

“Cesc akhirnya menyertai Barcelona, selepas menandatangani kontrak bagi lima musim akan datang. Klausa pembeliannya adalah sebanyak 200 juta euro (RM854 juta),” kata kelab itu dalam satu kenyataan di laman web rasminya.


“Saya kembali selepas lapan tahun di perantauan,” kata Fabregas, yang menyarung jersi bernombor 4, memberitahu beribu-ribu peminat di Stadium Nou Camp sebaik menjalani pemeriksaan perubatan dan menandatangani perjanjian itu.

Arsenal mengumumkan kelmarin mereka akhirnya bersetuju melepaskan Fabregas ke kelab juara Sepanyol dan Eropah itu, yang mana dia akan berganding dengan pemain bintang seperti pemain terbaik dunia dari Argentina, Lionel Messi dan bintang Piala Dunia Sepanyol, Xavi Hernandez.


Barcelona mengesahkan perjanjian itu, berita yang disebarkan pada babak pertama pertembungan Piala Super Sepanyol menentang Real Madrid. Namun butiran kewangan belum diumumkan.


Bagaimanapun presiden Barca, Sandro Rosell memberitahu akhbar harian Catalan, Sport kelab itu akan membayar “29 juta euro (RM124 juta) dan kami amat gembira, kerana kami berkata kami tidak akan membayar lebih daripada 30 juta euro (RM128 juta) dan kami berjaya mencapainya.” Keputusan itu, yang menamatkan kemelut perpindahan yang bermula tahun lalu, membolehkan Fabregas kembali ke kelab yang ditinggalkannya sebagai pemain berusia 16 tahun pada 2003.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata beliau kesal terpaksa melepaskan pemain itu.


“Jelas daripada awal lagi kami tidak mahu Cesc pergi,” kata Wenger kelmarin.


“Namun, kami faham keinginan Cesc untuk berpindah ke kelab lamanya dan kini kami menerima tawaran dari Barcelona. Kami mengucapkan terima kasih kepada Cesc kerana sumbangannya di Arsenal dan mendoakan kejayaannya pada masa depan.” Pemain tengah itu menghabiskan lapan tahun di Arsenal dan melakukan 303 penampilan, menjaringkan 57 gol dalam semua pertandingan.


Dinamakan sebagai kapten Arsenal pada November 2008, Fabregas turut menjadi pemain utama dalam pasukan kebangsaan Sepanyol dan sudah melakukan 58 penampilan setakat ini. - AFP

Monday, August 15, 2011

Real Madrid 2-2 Barcelona Goals Highlights HD 14/08/2011 Supercopa de Es...


even aku memang dan sangat tak suka dengan barcelona, tapi aku suka tengok gol penyamaan barcelona.. gol yang dijaringkan david villa.. pep guardiola pin tak sangke bola tu akan masok dalam gawang.. 2nd leg this wednesday.. hala madrid..!

pantas

cepat je mase bergerak.. tup tup, dah 15/9 and dengan rasminya dah 15 hari kita berpuasa.. korang puase cukop tak? lagi 2minggu, dah raye.. kejap je kan.. korang dah beli baju raye ke? seluar raye? kasut raye? dah beli dah ke? aku belom lagi.. aku cume sempat beli tali pinggang raye je.. HAHAHA! tapi next week kot, nak jenjalan dengan encik zairy.. jenjalan carik baju.. bukan aku tak boleh pergi sendirik, tapi aku ni suke main amik je ape yang aku rase ok.. then last2 tak boleh nak pakai la, tak kenan kat mate la.. haih.. aku bawak si zairy ni pun bersebab.. mamat ni boleh la kate yang penasihat pesen terbaek.. hehehe.. orite la.. tu je kot aku nak cite.. otak cepat blank la pose-pose ni.. tu yang kurang post.. tata.. nak bukak pose nanti, jangan tamak.. kang buat dose je.. bubye.. peace..

Saturday, August 13, 2011

10 petanda dia jodoh kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.




*udah lame awak tak conteng ape-ape kat wall ni haaa.. tetibe terbace pasal bende kat atas ni kat pesebuk.. terus awak post kat blog awak ni.. bagi mekermee yang tengah bercinte, baik keme bace ni.. penting ni, penting..

Friday, August 5, 2011

online shopping yaw

baru-baru ni aku ada beli barang melalui online.. aku beli baju 2, dengan flip 1.. memang aku dapatlah barangnya sebab yang jual tu member aku.. cuma yang kurang menariknya ialah, agak kecik bajunya, evem aku dah amek paling besar saiz.. damn! terbang 80.. kena beli lagi bajunya.. grrr.. cakap bayak pun tak guna, korang tengok je baju yang aku beli tu ye..

kalau korang macam kenan-kenan nak ke, klik link ni Zack Zick Zuck Shopp.. yang aku tunjuk ni ape yang aku dapat and ape yang aku order.. tapi semua bukan saiz aku la.. hehe.. adios.. peace..

Tuesday, August 2, 2011

bazaar 18

semalam aku pergi bazaar sek7, yang dekat dengan tempat jual derian tu.. hari ini aku pergi bazaar sek18 pulak.. saje je nak tgk ape yang best.. antara yang tumpuan kat bazaar sek18 ialah murtabak.. aku nak cakap tang mana pun aku tak taw.. tapi ada 2 stall murtabak taw, dua-dua laku giler.. aku nak cilok-cilok pun tak boleh.. aleh-aleh aku beli nasik laok ayam.. tapi...... yang aku dapat tu ayam pencen.. giler liat aku nak telan.. sampai kene gelak dengan ajam, ila, bard, iza gn sorg brader ni.. dah la mahal.. grrrrr.. sumpah aku anti stall tu dah.. tapi aku buke still kat sek7 gak la.. depan kedai handset milik ajam.. bukak table punye.. cume table pinjam kedai amin thai.. hehe.. esok aku nak pegi bazaar mane plak? maybe 20 plak kot.. ade tepung pelita fofuler.. ok.. tata.. nak lepak jap.. customer takdak ni.. peace..

tambahan

aku nak tambah sikit dari ape yang aku dah tulis kat sini.. kalo nak mesej tu, mesej je la.. tapi jangan marah kalo aku lambat balas.. and kecuali lepas waktu berbuke.. nak kol ke, mesej ke, lantak la.. memang aku free giler time tu.. hehehe.. cacaw.. peace..

ten to one-thirty

jangan bagi handphone aku bunyi masa aku keje.. aku tak suke.. kalo setakat mesej, aku ok lagi.. kalo aku dengar bunyi call, memang aku anti giler.. samada aku buat bodo, or aku angkat, tapi aku jawab nak taknak je la.. hehehe.. and mase aku dengan handphone aku just after aku tengok cite detective conan di saluran 611.. iaitu selepas jam 1.30pagi.. itu pun sehingga jam 2pagi sahaja.. after that, aku nak tido.. sebab aku setat keje kol 10pagi, and habis kol 10malam.. nak tutop kedai, buat closing semua, dalam 1030 aku sampai rumah.. then mase tu aku nak lepak-lepak dengan mak aku, adik aku, family aku.. kol 1155malam, turn aku tengok cite chuck and teros tengok conan kol 1pagi.. and aku sangat-sangat "suke" handphone aku bunyi time aku tengok tv.. ko tak suke? ade aku kesah.. tata.. peace..

Monday, August 1, 2011

fasting month

alhamdulillah selesai satu hari berpuasa.. hari ini awok cume makan nasik, aym goreng, dengan sikit kuih dan neskepe ais je.. hehe.. itu je awok termampu.. nak banyak2 kang, lari bajet awok.. sebenar nye awok ni nak ucap selamat berpuasa kepada semua hamba Allah yang beragama muslim, tak kira bangsa.. hah! pastikan mekerme puase yer.. bukan ape, awok ni cume pesan.. nanti karang mekerme kene bakor dek dalam kubor nanti.. yeler, udah mekerme tak puase, sape suroh.. kak limah idak suroh pun.. kak limah cume ajor nyanyi lagu enjit-enjit semut aje.. hehe.. itu aje awok nak kabo kan.. awok tak taw nak kabor ape lagi, kecuali.. erm.. kecuali awok kene bukak puase kat tempat keje je.. waaaaaaa......~ hari-hari pulak tu.. sedehnye.. :'(
peace..

Friday, July 29, 2011

ceit, ape kes?

ape kes marah-marah ni bro? malaysia semalam seri je, bukannya kalah.. memang lah malaysia tersingkir, tap tu adat la.. ada menang, ada kalah.. takda yang nak perli-perli kau pakai baju malaysia satu sut.. dari kepala sampai ke seluar, bendera malaysia penoh.. aku bukan nya nak kutok, tapi sepatotnya kau bangga sebab kau salah seorang yang berani buat macam tu.. even kau balik nak lrt semalam kan.. hehehe.. even tersingkir pn, permainan malaysia terbaik wokk..! singapura je, suke buat2 sakit.. so, jangan malu, jangan dengan pakaian kau.. aku tumpang senyum bangga tengok ade orang macam kau.. chill bro! peace yaw...~

cuba lagi

tahniah, dan cuba lagi untuk edisi yang akan datang. walaupun terikat 1-1 tetapi tewas melalui aggregat 6-4, semangat pemain malaysia dalam perlawanan timbal balik semalam harus dipuji. mereka menunjukkan peningkatan yang mendadak daripada aksi yang ditunjukkan semasa perlawanan pertama di singapura tempoh hari. saya diantara kalangan 90,000 peminat yang membanjiri stadium nasional bukit jalil malam tadi tetap berpuas hati dengan aksi yang ditunjukkan oleh anak buah k.rajagobal. cuma agak terkilan sedikit setelah aidil terpaksa dikeluarkan pada babak pertama dan digantikan oleh helmi. malaysia bermula garang seawal 5 minit pertama apabila gerakan yang dimulakan penyerang profilik negara, safee sali, gagal disudahkan dengan sempurna oleh s.kunalan. sepanjang babak pertama, segala cubaan daripada kedua-dua pasukan banyak dipatahkan dengan kekentalan serta ketangkasan pertahan serta penjaga gol masing-masing. cuma pada babak kedua, kedua-dua pemain sayap negara, s.kunalan dan amirulhadi zainal, seakan-akan dirantai pergerakan. setiap kali mereka mendapat bola, 2 atau 3 pemain singapura akan berada bersama mereka. ketangkasan penjaga gawang nombor 1 negara, khairul fahmi che mat, harus diberi pujian. beliau banyak menyelematkan cubaan-cubaan yang dilakukan samada duric, qiu li serta shi jaiyi, yang berkemungkinan besar akan membolosi gawang beliau. penyerang pelita jaya, safee sali, membuktikan yang beliau merupakan pemain status bintang kelas dunia apabila menyumbat gol pendahuluan untuk pasukan harimau malaya. gol itu disambut dengan sorakan 90,000 penyokong di stadium serta berjuta yang menonton di kaca tv serta yang menonton melalui streaming. namun itu tidak lama bertahan apabila pemain kelahiran china yang mendapat kerakyatan singapura, shi jaiyi, sekali lagi menjadi duri dalam daging buat negara apabila menyumbat gol penyamaan. gol itu terus menjadikan suasana stadium bukit jalil sunyi seketika ketika penyokong serta peminat singapura meraikan gol tersebut. kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat permainan.

Wednesday, July 27, 2011

90,000 dalam masa 2 hari

tiket perlawanan malaysia singapura malam esok, telah habis dijual pagi tadi.. dikhabarkan bahawa peminat telah menunggu seawal jam 630 pagi lagi.. dari info yang belum dipastikan kesasihannya, pihak fam akan mengeluarkan lagi sekitar 10,000 keping tiket untuk perlawanan esok..


*please ada.. aku belum beli lagi ni.. nak sangat pergi esok.. hehehe..

Tuesday, July 26, 2011

yes, i'm your stalker

who
-she-

why
-miss her-

when
-always-

where
-anywhere-

how
-being a stalker-


yes you!
i am your stalker
i'm sorry, peace

Monday, July 25, 2011

kesian dia

kesian aku tengok minah ni kene maki dengan balak dia.. apa salah budak tu sampai kena maki.. even kau maki dia dalam kereta, pasang radio kuat-kuat, aku still dengar la.. haih.. manusia-manusia.. out.. peace yaw..!

Sunday, July 24, 2011

anda sehebat mereka?

aku nak ucap tahniah atas kebangkitan skuad harimau malaya setelah ketinggalan 4-1 pada separuh masa pertama semalam.. walaupun kalah 5-3, tapi bekalan 3 gol di tempat lawan tu, serius tak ternilai.. memang lah ada yang kata mustahil, tapi still 90 minit kan.. takkan la korang just nak sanjung, sokong, puji, bile skuad kite menang aff suzuki cup je.. bile kalah, caci maki, hina, dan segala ape lagi tah kat dorang.. kalo korang kat tempat dorang, kompem leyh 4-1 ke?? tak pun kurang kot.. kalo lebih 4-1, korang lagi terok la.. jangan nak maki sangat la, think positif sudah.. dengan baki 90minit, and bakal bermain di stadium nasional bukit jalil, apa kata kita semua pergi gegar pasukan singa 28/7 ni.. toksah cakap je la, kasik turun dulu.. kalah menang adat.. so, jangan nak maki hamun ye.. letak korang kat situasi mereka, ape korang rase kalo korang kene caci maki.. tata.. peace yaw..!

Langkah Kanan Shalke 04

gelsenkirchen - shalke memulakan langkah dengan bergaya apabila membenam cabaran juara bundesliga musim lalu, borussia dortmund, untuk merangkul kejuaraan dbf-supercup buat kali pertama dalam sejarah mereka melalui pepnetuan sepakan penalti setelah kedudukan terikat 0-0 sepanjang 90 minit perlawanan. penjaga gol schalke, ralf fahrmann, menjadi wira baru mereka setelah menyelamatkan 2 daripada 5 sepakan penalti yang diambil oleh pemain dortmund. ini merupakan kejayaan manis buat shalke setelah terlepas genggaman kejuaraan bundesliga serta tersingkir daripada kelayakan ke liga juara-juara eropah musim hadapan. bagi jurulatih dortmund pula, jürgen klopp, ini merupakan satu lagi tamparan hebat selepas kehilangan seorang tonggak kejayaan musim lepas, nurin sahin, kepada real madrid. namun beliau tetap optimis bahawa dbf-supercup hanyalah satu ujian kecil, dan masih banyak masa untuk memperbaiki setiap kelemahan sebelum bermulanya sepak mula bundesliga serta liga juara-juara eropah. reuters.

Friday, July 22, 2011

hebat ke..?

nak pinjam entri abang ben jap.. bukan nak kata skuad olimpik main tak bagus, tapi as chelsea fan, aku dapat tengok yang chelsea main just ala kadar je.. main pun macam nak taknak.. but, sebagai anak malaysia, aku bangga yang malaysia dapat kekang asakan pemain chelsea.. nak pulak tang goalkeeper, terbaik wookkk! tang serangan kureng sikit.. cume cubaan tamil aratsu sikit tersasar.. kire dah 1 by 1 dah tu dengan ross turnbull.. cume game semalam tu tak penting pun, persahabatan je.. tunggu esok, 23/8, kelayakan piala dunia 2014 menentang singapura kat stadium jalan besar.. dengan 28/8, tapi kat stadium bukit jalil.. jom kita turun, kasik gegar itu skuad singa.. harimau menentang singa, siapa lebih berkuasa di rantau asia tenggara.. garuda dah tumbang.. gajah pun dah kena baham dengan garuda tahun lepas.. hehehe.. peace..

Thursday, July 21, 2011

antara 2 hot ticket

antara 2 keping hot ticket

ce bezekan masa call dengan jumlah mesej yang diterima

tapi ada kfc free, cuma kena beli 2 "tiket panas" ni dulu
nyum nyum nyum

malu sekejap.. kejap jela

perbualan antara insan a, along, wan, pian dan aku


insan a : assalamualaikum bang....

group : ............

insan a : hm.. budak sekarang tak reti jawab salam.. (sambil beredar ke meja yang lain)

group : (tertunduk malu)

*rerajinlah jawab salam ye.. tak kire sape yang bagi salam kat korang.. kang kene sound tepek, sendiri yang malu.. hehehe

aku adalah manusia

aku manusia yang selalu terlupa, yang selalu melakukan kesilapan
aku bukannya sesempurna Nabi Muhammad s.a.w
kalau kau tak boleh terima kelemahan aku, carilah orang lain
carilah orang lain yang boleh menggantikan tempat aku
peace

Wednesday, July 20, 2011

myvi makan orang


haha.. kalau bace pun mesti korang tertanya, macam mana myvi boleh makan orang.. bukan apa, aku terbaca kat metro hari ni.. buaya sebesar myvi kat atas ni haa.. buaya sepanjang 2.74m tu beb..! kalau setakat aku ni, senang-senang buaya tu baham.. celah gigi je kate nye.. bahaye-bahaye.. panjang mane 2.74m tu? panjang meyh.. ce korang ukur ketinggian korang, ade sampai 2meter tak..? sampai ke tak, korang pikirlah sendiri, betape besarnya makhluk ciptaanNya.. :))

Uruguay Tepati Ramalan Ke Final

la plata - uruguay menepati ramalan sebagai status pilihan ke final apabila menjinakkan peru di pertemuan separuh akhir copa america 2011 pagi tadi. ini merupakan penampilan ke-21 bagi uruguay di final copa america. pemain penyerang 'the kop', luiz suarez menjadi wira bagi pasukan yang bergelar 'la caleste' apabila berjaya menyumbat 2 gol pada minit ke 53 dan minit 58. bagi pasukan peru pula, ini merupakan kali ke-12 mereka gagal mara ke final copa america. menanti uruguay di pentas final adalah di antara pasukan paraguay serta pasukan venezuela. paraguay yang mencipta kejutan ketika menyingkirkan juara bertahan, brazil, berharap dapat meneruskan rentak yang sama walaupun mereka sudah kehilangan seorang tonggak pertahanan tengah, alcaraz, kerana digantung perlawanan. ini kerana beliau menerima layangan kad merah ketika menentang brazil tempoh hari. tidak kurang juga kepada pasukan venezuela apabila kehilangan rincon. rincon disifatkan sebagai pemain terbaik pertandingan menurut jurulatih venezuela, cesar farias.

Tuesday, July 19, 2011

alaa.. satu ni je

saje je aku nak tunjok yang aku ada kad cosway
hahaha.. jadi batak kejap je
walaupun dah 4 bulan aku masuk jadi ahli, ni baru teringat nak wat entri pasal kad ni
;p

aku bukan atlit sukan


aku bukan atlit.. aku bukannya lari sana, lari sini.. kejar bola sana, lompat pagar sini.. tak dapatnya jep.. aku just orang yang pergi keje, jalan kaki je weyh.. bukannya jauh mana pn.. 10 minit je pn.. tapi kaki aku still selalu 'diziarahi' oleh sakit hamstring dan cramp.. ini pun sakit lagi ni.. tengah syok tido pagi tadi, tetibe cramp.. ape lagi, melompat la aku dalam bilik tu.. macam nak putus urat kaki mase tu weyh.. tadi nak g keje pn sakit2 gak.. huhuhu.. harap ok la balik nanti.. kang terhencot2 aku balik t.. hehehe..

Monday, July 18, 2011

apa? kena lukis ke?

makan chicken floss rolls sambil lukis pelan
aku ingat aku dah lepas dah nak lukis-lukis ni
sekali kene buat jugak la
nasib ada chicken floss rolls yang sanggup menemani aku
nyum nyum nyum

akhirnya.........

akhirnya aku makan jugak
huahuahuahua.. tengok ni..

nasi goreng belacan, tapi lgsg xda rasa belacan
telur bungkus
air asam jawa

thanks to mat gebu
sebab bagi inspirasi kat aku nak makan apa hari ini
perot pun dah kenyang, hati pun dah senang
so mase untuk kerja
kang kene marah plak dgn bos aku keje tak siap
hehehehehe

korang nak tengok apa yang ada dekat page mat gebu?
bukak sini

mat gebu, sudah-sudah la

aku tengah lapar ni.. pergi kedai tu, lauk habis.. kedai satu lagi, lauk habis jugak.. satu kedai lagi, tutup pulak dah.. bukak blog je, aku nampak makan-makan kat blog mat gebu.. nasi tomato pulak.. bagi siket boleh tak..? lapar teruk ni.. hehehe

banggggg!

can i try? i want too
macam syok je

Jepun Juara Dunia

frankfurt - pasukan bola sepak wanita jepun berjaya menjulang kejuaraan trofi piala dunia wanita setelah ketepikan cabaran amerika syarikat melalui penentuan sepakan penalti (3-1) setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 sepanjang 120 minit perlawanan. shannon boxx, llyod dan heath gagal menyempurnakan sepakan penalti masing-masing dan sepakan yang diambil pemain jepun, nagasato, berjaya diselamatkan penjaga gawang usa, hope solo. usa berjaya mendahului lawan sebanyak 2 kali melalui morgan (69) serta wambach (104). akan tetapi jepun bukanlah pasukan yang mudah mengalah apabila bangkit setiap kali usa mendahului mereka dengan jaringan yang dilakukan oleh miyama (81) serta sawa (117). reuters.





brazil tersingkir, venezuela cipta kejutan

la plata - nasib malang juara dunia 6 kali, brazil, berterusan di la plata apabila disingkirkan oleh paraguay daripada kejohanan bolasepak tertua di dunia, awal pagi tadi. brazil mengikut jejak langkah tuan rumah copa america 2011, argentina, apabila tewas melalui penentuan sepakan penalti setelah terikat 120 minit tanpa sebarang jaringan gol. brazil harus menyalahkan diri sendiri apabila gagal memanfaatkan peluang-peluang yang ada di depan gol. ketangkasan kapten serta penjaga gol paraguay, justo villa, berjaya mengheret permainan sehingga ke penentuan penalti. 3 peluang keemasan oleh brazil, masing-masing melalui lucio, ganco dan pato, berjaya diselamatkan oleh justo villa, serta pecubaan pemain gantian, fred, berjaya ditanduk keluar pertahanan Paraguay ketika masa sudah sampai ke penghujung permainan. namun, kedua-dua pasukan terpaksa bermain dengan 10 orang setelah lucas serta alcaraz dibuang padang kerana bergaduh. tujuh sepakan penalti yang diambil kedua-dua pasukan, cuma 2 sahaja yang menggegar jaring, melalui estigarribia dan riveros. keadaan padang juga harus diambil kira, jika tidak, tidak mungkin 5 sepakan penalti yang selebihnya akan melambung tinggi ke arah penonton. keadaan padang yang begitu tidak elok untuk mana-mana pemain sekali pun. didalam satu lagi perlawanan suku akhir, venezuela berjaya membenam cabaran chile, dengan kemenangan 2-1 di estadio del bicentario. gol pertama venezuela hadir apabila sepakan percuma yang diambil arango, singgah dikepala vizcarrondo pada minit ke 35. david suazo berjaya mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke 70, sebelum cichero meranapkan impian chile untuk ke separuh akhir, 9 minit sebelum masa tamat. dua kad merah juga dilayangkan kepada Medel (chile) serta rincon (venezuela). reuters.





*sumber : aku sendiri sebab aku tengok brazil main kol 3 pagi tadi.
*berita : pun aku jugak. hehehe

Sunday, July 17, 2011

. . . .

silent mode

Result LA Galaxy Real Madrid

real madrid berjaya membenamkan cabaran la galaxy dengan kemenangan 4-1 di la memorial coliseum, los angeles. gol-gol real madrid disumbangkan oleh jose callejon (30), joselu (39), cristiano ronaldo (52), dan karim benzema (57). gol pasukan la galaxy pula dijaringkan oleh adam cristman (66). fabio coentrao, pemain terbaru yang ditandatangani oleh real madrid berjaya mencetak nama beliau sebagai pemain terbaik perlawanan. reuters.

Saturday, July 16, 2011

result

malaysia 3-6 liverpool

tahniah buat skuad kendalian k.rajagobal, walaupun kalah kepada liverpool. setidak-tidaknya mereka dapat menbolosi gawang liverpool. dan selamat kembali kepada penyerang sensasi negara, safee sali yang berjaya merakamkan 2 gol pada separuh masa kedua. diharapkan beliau dapat meneruskan aksi yang bertenaga semasa menentang pasukan jiran, singapura semasa kelayakan piala dunia 2014 pada 23/7 serta 28/7 ini. tahniah sekali lagi.

aku ke?

aku ke yang tipu?
aku ke yang khianati?
fine fine fine~
semua salah aku kan
korang je yang betul
boleh jalan la
tak payah nak betul-betul kan dah
aku dah tengok, aku dah bace
and aku akan ingat sampai bile-bile
salam, peace yawww

expecto petronum!

harry potter and the deathly hallows part. 2,
aku tengok dah malam tadi kat mid,
in 3d maaaaa.
bagi mereka serta mereka dan mereka yang belum tengok,
cepat-cepatlah ye
sebab aku ingat nak pergi tengok lagi............!
adios
peace yaw.....

Friday, July 15, 2011

vacío

kosong
sunyi
empty
nothing


thank you because read this

rindu awak

hai awak,
saya rindu awak.
lama saya tak jenguk awak, walaupun pernah sesekali.
lama juga saya tak bercerita kat awak.
awak jangan merajuk dengan saya taw.
bukan saya sengaja, tapi saya tak taw nak cakap apa.
saya kekeringan idea nak tulis apa, dan nak bagi orang lain baca.
maafkan saya ye wahai blog.
ini pun saya masih kekeringan dan ketandusan idea.

Monday, July 11, 2011

salah siapa?

kalau dah kata jangan buat, janganlah dibuat. tapi orang yang jenis keras kepala, tetap nak buat juga. bila dah kena, salahkan orang lain. kononnya, tak beri amaran, tak halang. manusia manusia, bila nak berhenti salahkan orang lain? cuba letak salah yang anda lakukan, pada diri sendiri. nak kata ada otak, memang semua ada. cuma tahu nak cara berfikir atau tidak saja.

Sunday, July 10, 2011

should be

it should be 1

it should be 52

it should be 365

it should be 8760

it should be 525600

but . . . . .

. . . . . . . . . . . . . . . . . .

Friday, July 8, 2011

seram misteri

saya sudah ketagih dengar kisah seram dj kc dari ria 89.7, siaran radio dari negara singapura. kalau anda nak dengar, boleh dengar melalui youtube, misteri jam 12. kalau ada yang takut, (macam saya), HAHAHAHA.. janganlah dengar ye, nanti nak ke tandas pun takut. takpun boleh bulan page seram misteri dekat facebook.

maaf

saya nak minta maaf kepada semua mereka-mereka yang baru follow saya. saya sibuk sedikit akhir-akhir ini. nanti saya follow balik anda ye. bukan saya sombong, bukan saya bongkak. saya pun baru lagi dalam dunia blog ini. banyak lagi saya kena belajar dari yang senior. saya susun 10 jari, minta ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. assalamualaikum. peace yaw~

Thursday, July 7, 2011

lambat ke aku...?

ahhh! peduli ape ny punn.. aku tetap nak tulis selamat menjuarai piala liga super yang sah buat pasukan kelantan.. buat kali pertama mereka membawa pulang ke kota bharu, sejak ia diperkenalkan.. kelantan muncul juara setelah berjaya menumbangkan skuad badak 2-1 dalam aksi di stadium likas malam semalam.. tahniah juga buat terengganu yang berjaya memintas pasukan selangor untuk merebut tempat kedua.. tangga ketiga dihuni oleh pasukan gergasi merah, selangor.. anugerah kasut emas pula dibawa pulang penyerang terengganu, adbul hadi yahyah, dengan kelebihan 1 gol mengatasi penyerang kelantan, norshahrul idlan talaha.. pahang pula ditimpa malang apabila mengikuti langkah perlis ke turun liga perdana apabila tumbang 0-1 kepada kedah di stadium darul makmur..

"gua rasa, tak salah rasanya"

gua rasa, tak salah rasanya kalau ex-couple menjadi kawan baik. bukan apa, gua terfikir jugak, tak sebab break, nak jadi musuh. apa celita? itu celita lama, wa sudah taw dari facebook. arghh! mencarot sudah aku ni. ni baru betul. aku ada dapat kes baru. yang mana gegel ni salahkan perhubungan baik antara boboy dia dengan ex-couple boboy dia, sampai gegel dgn boboy tu putus. korang faham tak? tak faham sudah. aku pun jenuh fikir macam mana nak buat ayat bagi korang faham. nak dijadikan cerita, aku dengarlah dari kedua belah pihak. taknak aku judge macam tu je, kang tak pasal-pasal aku tidur dalam tanah. bila dah dengar, barulah aku faham yang puncanya, ex-couple gegel ni datang balik, merayu. sampai ugut gegel tu nak bunuh diri, kalau gegel tu ada laki lain. nak tak nak, gegel tu minta putus dengan boboy. 'teanjat boboy' bile boboy dapat tau. boboy pun dengan berat hati, jantung, berat badan semua ada, terpaksa lepaskan. sebab taknak ada nyawa melayang. then, apa yang terjadi, perhubungan baik boboy tu dengan ex-couple, buatkan mereka bersatu kembali. persoalannya, adakah salah boboy tu kembali balik dengan ex-couple dia? boboy ke yang minta putus sebab nak balik kat ex-couple dia? aku nak minta pendapat anda yang baca post aku ni la. thanks ok. takmo gadoh-gadoh, takmo perang-perang, sayang-sayang boleh. hehehe. salam. peace yaw..!

Tuesday, July 5, 2011

kuasa wang

duit adalah bukan masalah bagi pasukan manchester city, apabila dilaporkan sudah menyambar pertahanan the gunners, gael clichy dengan nilai £7 juta. dan mereka dikhabarkan bersedia untuk menyambar tonggak tengah perancis serta arsenal, samir nasri. jika itu yang berlaku, arsenal bermakna sudah kehilangan 2 tonggak utama musim lepas. itu belum termasuk cesc fabregas yang dikhabarkan akan berhijrah pulang ke nou camp untuk bersama skuad barcelona. sehingga kini, arsene wenger masih belum membawa masuk pemain ke emirates. walaupun terdapat berita bahawa mereka sudah membawa bintang ivory coast, gervinho, ke emirates dengan nilai £10.6 juta. pemain pertahanan blackburn, chris samba serta willian (shahktar donestk) juga dikaitkan dengan perpindahan ke arsenal. seteru utama mereka, manchester united, sudah pun melengkapkan 2 kemasukan untuk musim depan dengan membawa masuk ashley young (aston villa) serta penjaga gol spain, david da gea (atletico madrid). pengendali baru chelsea, villa boas, telah diberi lampu hijau untuk membawa masuk sebarang bintang ke stamford bridge. justeru itu, villa boas terus mensasarkan pertahanan tengah real madrid, pepe, untuk digandingkan bersama kapten the blues, john terry.
beralih ke sepanyol. kelab the catalan, barcelona, tetap akan cuba untuk membawa pulang kapten arsenal ke nou camp. akan tetapi mereka perlu menyadiakan sejumlah wang yang agak tinggi dengan nilai anggaran £35 juta. berbanding pencabar mereka, real madrid, yang sudah membawa 4 pemain ke santiago bernabeu. itu termasuk nurin sahin (dortmund), hamit altintop (bayern munich), jose maria callejon (espanyol), serta raphael varane (lens). los blancos juga dikatakan bersetuju dengan yuran perpindahan yang ditetapkan untuk mendapatkan pertahanan kiri benfica, Fabio Coentrao, yang dianggarkan sekitar £27 juta. reuters.


Monday, July 4, 2011

changed

takhta no.1 atp sekarang ini sudah bertukar tangan. takhta yang dikuasai oleh rafael nadal sebelum telah dirampas oleh pemain dari serbia, novak djokovic. novak djokovic atau dikenali dengan 'nodjo' tetap akan merampas kedudukan no.1 dunia walaupun sekiranya rafael nadal berjaya menewaskan beliau di dalam final wimbledon. namun segalanya seperti sudah tersurat untuk pemain dari serbia itu apabila berjaya buat julung kalinya menjuarai terbuka wimbledon pada tahun ini. permain serbia itu menumbangkan juara terbuka wimbledon tahun lepas, rafael nadal, di dalam 4 set. djokovic menang 6-4, 6-1, 1-6, 6-3. ini merupakan kemenangan yang cukup bermakna untuk djokovic apabila bukan sahaja berjaya merampas pemain no.1 dunia, malah menjuarai kejohanan wimbledon buat kali pertama sepanjang kariernya.

beri hitam dan telefon mata

minat blackberry?? i-phone??
any model blackberry
harga boleh runding
hallo hallo sama gua
boleh inbox gua kat
bukan buatan negara tembok besar punya!

- tagged -

*semua model boleh anda search dalam internet, sebab semua model baru
bukan second hand punya barang
*kami juga mempunyai sebarang model handphone yang anda kehendaki

next match


perlawanan kelayakan piala dunia 2014 untuk malaysia

23 julai 2011
pertemuan pertama
singapura vs malaysia
(stadium jalan besar)

28 julai 2011
pertemuan kedua
malaysia vs singapura
(stadium nasional bukit jalil)

jom serbu stadium bukit jalil 2nd leg nanti!!

Sunday, July 3, 2011

kalah, tapi layak

tahniah! itu yang aku boleh kata kepada skuad 'king-gobal. walaupun kalah 3-2 kepada taiwan tadi (semalam), tapi skuad bola sepak negara masih mampu melayakkan diri ke pusingan seterusnya. pasukan yang akan menanti skuad harimau malaya ini nanti adalah pasukan jiran, seteru utama kita, skuad singapura. walaupun skuad taiwan berjaya menundukkan pasukan negara 3-2, pasukan negara layak menerusi peraturan gol tempat lawan dengan agregat 4-4. tahniah ! tahniah! tapi perjalanan masih jauh, masih banyak ranjau yang perlu mereka lalui. masih banyak yang perlu skuad k.rajagobal perbaiki, terutama di bahagian pertahanan. mereka perlu mengelakkan kesilapan seperti terlalu yakin ketika sedang mendahului pihak lawan. contohnya seperti di perlawanan pertama menentang taiwan, ketika sedang mendahului pihak lawan 2-0. mereka seakan-akan sudah meraikan kemenangan mereka ketika perlawanan sedang berlangsung. ini perlu dielakkan daripada berulang lagi. bukan pemain pertahanan sahaja, malah ke semua pemain, perlu mengelak dari mengulangi kesilapan yang sama. apa sekalipun, setinggi ucapan tahniah kepada mereka. teruskan amukan harimau malaya..!

Friday, July 1, 2011

hello julai!

entri kat atas pun dah tahukan
so, senang cerita macam ni
bulan julai ni bagi aku ialah satu bulan mengingati kisah lama
kisah apa?
biarlah aku saja yang tahu ye
semoga cepat berlalu bulan yang penuh dengan kisah lame ini
peace yaw..!