seguidores

Wednesday, July 20, 2011

Uruguay Tepati Ramalan Ke Final

la plata - uruguay menepati ramalan sebagai status pilihan ke final apabila menjinakkan peru di pertemuan separuh akhir copa america 2011 pagi tadi. ini merupakan penampilan ke-21 bagi uruguay di final copa america. pemain penyerang 'the kop', luiz suarez menjadi wira bagi pasukan yang bergelar 'la caleste' apabila berjaya menyumbat 2 gol pada minit ke 53 dan minit 58. bagi pasukan peru pula, ini merupakan kali ke-12 mereka gagal mara ke final copa america. menanti uruguay di pentas final adalah di antara pasukan paraguay serta pasukan venezuela. paraguay yang mencipta kejutan ketika menyingkirkan juara bertahan, brazil, berharap dapat meneruskan rentak yang sama walaupun mereka sudah kehilangan seorang tonggak pertahanan tengah, alcaraz, kerana digantung perlawanan. ini kerana beliau menerima layangan kad merah ketika menentang brazil tempoh hari. tidak kurang juga kepada pasukan venezuela apabila kehilangan rincon. rincon disifatkan sebagai pemain terbaik pertandingan menurut jurulatih venezuela, cesar farias.

No comments: