seguidores

Sunday, July 24, 2011

Langkah Kanan Shalke 04

gelsenkirchen - shalke memulakan langkah dengan bergaya apabila membenam cabaran juara bundesliga musim lalu, borussia dortmund, untuk merangkul kejuaraan dbf-supercup buat kali pertama dalam sejarah mereka melalui pepnetuan sepakan penalti setelah kedudukan terikat 0-0 sepanjang 90 minit perlawanan. penjaga gol schalke, ralf fahrmann, menjadi wira baru mereka setelah menyelamatkan 2 daripada 5 sepakan penalti yang diambil oleh pemain dortmund. ini merupakan kejayaan manis buat shalke setelah terlepas genggaman kejuaraan bundesliga serta tersingkir daripada kelayakan ke liga juara-juara eropah musim hadapan. bagi jurulatih dortmund pula, jürgen klopp, ini merupakan satu lagi tamparan hebat selepas kehilangan seorang tonggak kejayaan musim lepas, nurin sahin, kepada real madrid. namun beliau tetap optimis bahawa dbf-supercup hanyalah satu ujian kecil, dan masih banyak masa untuk memperbaiki setiap kelemahan sebelum bermulanya sepak mula bundesliga serta liga juara-juara eropah. reuters.

No comments: