seguidores

Sunday, July 3, 2011

kalah, tapi layak

tahniah! itu yang aku boleh kata kepada skuad 'king-gobal. walaupun kalah 3-2 kepada taiwan tadi (semalam), tapi skuad bola sepak negara masih mampu melayakkan diri ke pusingan seterusnya. pasukan yang akan menanti skuad harimau malaya ini nanti adalah pasukan jiran, seteru utama kita, skuad singapura. walaupun skuad taiwan berjaya menundukkan pasukan negara 3-2, pasukan negara layak menerusi peraturan gol tempat lawan dengan agregat 4-4. tahniah ! tahniah! tapi perjalanan masih jauh, masih banyak ranjau yang perlu mereka lalui. masih banyak yang perlu skuad k.rajagobal perbaiki, terutama di bahagian pertahanan. mereka perlu mengelakkan kesilapan seperti terlalu yakin ketika sedang mendahului pihak lawan. contohnya seperti di perlawanan pertama menentang taiwan, ketika sedang mendahului pihak lawan 2-0. mereka seakan-akan sudah meraikan kemenangan mereka ketika perlawanan sedang berlangsung. ini perlu dielakkan daripada berulang lagi. bukan pemain pertahanan sahaja, malah ke semua pemain, perlu mengelak dari mengulangi kesilapan yang sama. apa sekalipun, setinggi ucapan tahniah kepada mereka. teruskan amukan harimau malaya..!

No comments: