seguidores
Friday, July 29, 2011
cuba lagi
tahniah, dan cuba lagi untuk edisi yang akan datang. walaupun terikat 1-1 tetapi tewas melalui aggregat 6-4, semangat pemain malaysia dalam perlawanan timbal balik semalam harus dipuji. mereka menunjukkan peningkatan yang mendadak daripada aksi yang ditunjukkan semasa perlawanan pertama di singapura tempoh hari. saya diantara kalangan 90,000 peminat yang membanjiri stadium nasional bukit jalil malam tadi tetap berpuas hati dengan aksi yang ditunjukkan oleh anak buah k.rajagobal. cuma agak terkilan sedikit setelah aidil terpaksa dikeluarkan pada babak pertama dan digantikan oleh helmi. malaysia bermula garang seawal 5 minit pertama apabila gerakan yang dimulakan penyerang profilik negara, safee sali, gagal disudahkan dengan sempurna oleh s.kunalan. sepanjang babak pertama, segala cubaan daripada kedua-dua pasukan banyak dipatahkan dengan kekentalan serta ketangkasan pertahan serta penjaga gol masing-masing. cuma pada babak kedua, kedua-dua pemain sayap negara, s.kunalan dan amirulhadi zainal, seakan-akan dirantai pergerakan. setiap kali mereka mendapat bola, 2 atau 3 pemain singapura akan berada bersama mereka. ketangkasan penjaga gawang nombor 1 negara, khairul fahmi che mat, harus diberi pujian. beliau banyak menyelematkan cubaan-cubaan yang dilakukan samada duric, qiu li serta shi jaiyi, yang berkemungkinan besar akan membolosi gawang beliau. penyerang pelita jaya, safee sali, membuktikan yang beliau merupakan pemain status bintang kelas dunia apabila menyumbat gol pendahuluan untuk pasukan harimau malaya. gol itu disambut dengan sorakan 90,000 penyokong di stadium serta berjuta yang menonton di kaca tv serta yang menonton melalui streaming. namun itu tidak lama bertahan apabila pemain kelahiran china yang mendapat kerakyatan singapura, shi jaiyi, sekali lagi menjadi duri dalam daging buat negara apabila menyumbat gol penyamaan. gol itu terus menjadikan suasana stadium bukit jalil sunyi seketika ketika penyokong serta peminat singapura meraikan gol tersebut. kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat permainan.
Publicado por
Encik Haziq Harzizi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment