seguidores

Monday, July 18, 2011

Jepun Juara Dunia

frankfurt - pasukan bola sepak wanita jepun berjaya menjulang kejuaraan trofi piala dunia wanita setelah ketepikan cabaran amerika syarikat melalui penentuan sepakan penalti (3-1) setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 sepanjang 120 minit perlawanan. shannon boxx, llyod dan heath gagal menyempurnakan sepakan penalti masing-masing dan sepakan yang diambil pemain jepun, nagasato, berjaya diselamatkan penjaga gawang usa, hope solo. usa berjaya mendahului lawan sebanyak 2 kali melalui morgan (69) serta wambach (104). akan tetapi jepun bukanlah pasukan yang mudah mengalah apabila bangkit setiap kali usa mendahului mereka dengan jaringan yang dilakukan oleh miyama (81) serta sawa (117). reuters.





No comments: