la plata - nasib malang juara dunia 6 kali, brazil, berterusan di la plata apabila disingkirkan oleh paraguay daripada kejohanan bolasepak tertua di dunia, awal pagi tadi. brazil mengikut jejak langkah tuan rumah copa america 2011, argentina, apabila tewas melalui penentuan sepakan penalti setelah terikat 120 minit tanpa sebarang jaringan gol. brazil harus menyalahkan diri sendiri apabila gagal memanfaatkan peluang-peluang yang ada di depan gol. ketangkasan kapten serta penjaga gol paraguay, justo villa, berjaya mengheret permainan sehingga ke penentuan penalti. 3 peluang keemasan oleh brazil, masing-masing melalui lucio, ganco dan pato, berjaya diselamatkan oleh justo villa, serta pecubaan pemain gantian, fred, berjaya ditanduk keluar pertahanan Paraguay ketika masa sudah sampai ke penghujung permainan. namun, kedua-dua pasukan terpaksa bermain dengan 10 orang setelah lucas serta alcaraz dibuang padang kerana bergaduh. tujuh sepakan penalti yang diambil kedua-dua pasukan, cuma 2 sahaja yang menggegar jaring, melalui estigarribia dan riveros. keadaan padang juga harus diambil kira, jika tidak, tidak mungkin 5 sepakan penalti yang selebihnya akan melambung tinggi ke arah penonton. keadaan padang yang begitu tidak elok untuk mana-mana pemain sekali pun. didalam satu lagi perlawanan suku akhir, venezuela berjaya membenam cabaran chile, dengan kemenangan 2-1 di estadio del bicentario. gol pertama venezuela hadir apabila sepakan percuma yang diambil arango, singgah dikepala vizcarrondo pada minit ke 35. david suazo berjaya mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke 70, sebelum cichero meranapkan impian chile untuk ke separuh akhir, 9 minit sebelum masa tamat. dua kad merah juga dilayangkan kepada Medel (chile) serta rincon (venezuela). reuters.
*sumber : aku sendiri sebab aku tengok brazil main kol 3 pagi tadi.
*berita : pun aku jugak. hehehe
No comments:
Post a Comment