seguidores

Tuesday, August 16, 2011

Barca ikat Fabregas

fabregas melambaikan tangannya kepada peminat di nou camp

BARCELONA: Kapten Arsenal, Cesc Fabregas sudah melengkapkan perpindahan ke Barcelona apabila menandatangani kontrak lima tahun dengan kelab zaman remajanya, menurut kelab gergasi Sepanyol itu semalam.

“Cesc akhirnya menyertai Barcelona, selepas menandatangani kontrak bagi lima musim akan datang. Klausa pembeliannya adalah sebanyak 200 juta euro (RM854 juta),” kata kelab itu dalam satu kenyataan di laman web rasminya.


“Saya kembali selepas lapan tahun di perantauan,” kata Fabregas, yang menyarung jersi bernombor 4, memberitahu beribu-ribu peminat di Stadium Nou Camp sebaik menjalani pemeriksaan perubatan dan menandatangani perjanjian itu.

Arsenal mengumumkan kelmarin mereka akhirnya bersetuju melepaskan Fabregas ke kelab juara Sepanyol dan Eropah itu, yang mana dia akan berganding dengan pemain bintang seperti pemain terbaik dunia dari Argentina, Lionel Messi dan bintang Piala Dunia Sepanyol, Xavi Hernandez.


Barcelona mengesahkan perjanjian itu, berita yang disebarkan pada babak pertama pertembungan Piala Super Sepanyol menentang Real Madrid. Namun butiran kewangan belum diumumkan.


Bagaimanapun presiden Barca, Sandro Rosell memberitahu akhbar harian Catalan, Sport kelab itu akan membayar “29 juta euro (RM124 juta) dan kami amat gembira, kerana kami berkata kami tidak akan membayar lebih daripada 30 juta euro (RM128 juta) dan kami berjaya mencapainya.” Keputusan itu, yang menamatkan kemelut perpindahan yang bermula tahun lalu, membolehkan Fabregas kembali ke kelab yang ditinggalkannya sebagai pemain berusia 16 tahun pada 2003.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata beliau kesal terpaksa melepaskan pemain itu.


“Jelas daripada awal lagi kami tidak mahu Cesc pergi,” kata Wenger kelmarin.


“Namun, kami faham keinginan Cesc untuk berpindah ke kelab lamanya dan kini kami menerima tawaran dari Barcelona. Kami mengucapkan terima kasih kepada Cesc kerana sumbangannya di Arsenal dan mendoakan kejayaannya pada masa depan.” Pemain tengah itu menghabiskan lapan tahun di Arsenal dan melakukan 303 penampilan, menjaringkan 57 gol dalam semua pertandingan.


Dinamakan sebagai kapten Arsenal pada November 2008, Fabregas turut menjadi pemain utama dalam pasukan kebangsaan Sepanyol dan sudah melakukan 58 penampilan setakat ini. - AFP

1 comment:

Rienz said...

Akhirnya..hehehe..pas transfer sega...akhirnya sah mlik barca..puaty..viva barca!!..:)

Visit me:
exrienz.blogspot.com