seguidores

Sunday, May 29, 2011

glory glory (part2)

daripada apa dilihat
perlawanan malam tadi agak berat sebelah
di mana ia didominasi kelab The Catalan
dan memang tepat jangkaan segelintir pihak
bahawa anak didik Sir Alex bukan saingan mereka
kelincahan penyerang kecil, Lionel Messi
serta kelibat 2 perancang utama La Roja, Iniesta dan Xavi
sering kali mengucar-kacirkan benteng pertahanan The Red Devil
pada 10minit awal babak pertama,
anak buah Sir Alex tampak menguasai perlawanan
dan mungkin membawa pulang trofi yang bertelinga besar
akan tetapi
mereka kelihatan hilang punca untuk 80minit seterusnya
segala perancangan, hantaran
mudah diputuskan oleh pertahanan Barcelona yang diketuai bekas pemain Man U, Gerard Pique
akhirnya,
lorongan Xavi Hernandez kepada Pedro pada minit ke-27
dimana beliau melepasi kawalan Nemanja Vidic
sebelum melepaskan tolakan mudah yang menerjah jaring Edwin Van der Sar
namun gol tersebut tidak bertahan lama
apabila 7 minit kemudian
Wayne Rooney berjaya menggamatkan Stadium Wembley dengan gol penyamaan United
gol itu berpunca daripada permainan satu dua diantara Rooney dan Giggs
masuk babak kedua
penguasaan bola Barcelona bermula
dan pada minit ke54, penyerang cilik Argentina, Messi
meledak gol ke12 didalam kempen UCL musim ini
dan Villa melengkapkan kemenangan Barcelona ke atas Manchester pada minit ke69
trofi kejuaaran disampaikan oleh Presiden Uefa, Michel Platini
dan Eric Abidal diberi penghormatan untuk menjulang trofi keramat tersebut

No comments: