seguidores

Friday, May 20, 2011

Noor Jan waris palsu

IPOH – Persatuan Waris Kerabat Negeri Perak (PWKNP) semalam buat pertama kali meminta Raja Noor Jan Shah Raja Tuah supaya berhenti daripada membuat dakwaan bahawa beliau ialah pewaris Kesultanan Melaka dan Perak kerana dakwaan yang dibuat tidak berasas sama sekali.

Yang Dipertua PWKNP, Raja Rozlan Raja Yaacob berkata, Raja Noor Jan seharusnya menghentikan segera tindakan menjaja cerita kononnya dia mempunyai salasilah Kesultanan Perak dengan mendakwa datang daripada keturunan Raja Alang Abdul Rahman.

Menurutnya, dakwaan Raja Noor Jan itu tidak benar sama sekali kerana buku-buku sejarah termasuk yang ditulis pada zaman penjajahan British jelas menunjukkan Sultan Abdullah Mohammad I tidak mempunyai anakanda bernama Raja Alang Abdul Rahman. Sebaliknya menurut Raja Rozlan, Raja Alang Abdul Rahman tidak wujud kerana anakanda Sultan Perak ke-22 ialah Raja Pandak Abdul Rahman. “Mana mungkin seorang bapa (Sultan Abdullah Mohammad I) akan menamakan dua anak lelakinya menggunakan nama yang sama dan Raja Alang. “Apa yang pasti, Raja Alang Abdul Rahman itu tidak wujud dalam salasilah Kesultanan Perak,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.


*ape nak jadi dengan manusia.. tipu sana, tipu sini sebab nak dapat nama.. tak ke mana la.. kat dunia memang la bahagia, kat akhirat sana macam mana??

No comments: