seguidores

Tuesday, July 5, 2011

kuasa wang

duit adalah bukan masalah bagi pasukan manchester city, apabila dilaporkan sudah menyambar pertahanan the gunners, gael clichy dengan nilai £7 juta. dan mereka dikhabarkan bersedia untuk menyambar tonggak tengah perancis serta arsenal, samir nasri. jika itu yang berlaku, arsenal bermakna sudah kehilangan 2 tonggak utama musim lepas. itu belum termasuk cesc fabregas yang dikhabarkan akan berhijrah pulang ke nou camp untuk bersama skuad barcelona. sehingga kini, arsene wenger masih belum membawa masuk pemain ke emirates. walaupun terdapat berita bahawa mereka sudah membawa bintang ivory coast, gervinho, ke emirates dengan nilai £10.6 juta. pemain pertahanan blackburn, chris samba serta willian (shahktar donestk) juga dikaitkan dengan perpindahan ke arsenal. seteru utama mereka, manchester united, sudah pun melengkapkan 2 kemasukan untuk musim depan dengan membawa masuk ashley young (aston villa) serta penjaga gol spain, david da gea (atletico madrid). pengendali baru chelsea, villa boas, telah diberi lampu hijau untuk membawa masuk sebarang bintang ke stamford bridge. justeru itu, villa boas terus mensasarkan pertahanan tengah real madrid, pepe, untuk digandingkan bersama kapten the blues, john terry.
beralih ke sepanyol. kelab the catalan, barcelona, tetap akan cuba untuk membawa pulang kapten arsenal ke nou camp. akan tetapi mereka perlu menyadiakan sejumlah wang yang agak tinggi dengan nilai anggaran £35 juta. berbanding pencabar mereka, real madrid, yang sudah membawa 4 pemain ke santiago bernabeu. itu termasuk nurin sahin (dortmund), hamit altintop (bayern munich), jose maria callejon (espanyol), serta raphael varane (lens). los blancos juga dikatakan bersetuju dengan yuran perpindahan yang ditetapkan untuk mendapatkan pertahanan kiri benfica, Fabio Coentrao, yang dianggarkan sekitar £27 juta. reuters.


2 comments:

Elih Japahar said...

Permainan bola sepak bukan lagi sekadar permainan utk kesihatan tetapi permainan wang..kuasa wang bo buat segalanya~~! sy mgharapkan kendalian villa boas mmbawa chelsea jd juara kali ni..

Encik Haziq Harzizi said...

HAHAHA.. samela kite bro.. hope villa boas boleh bawak trophy tu balik kat stamford musim ni.. siap bawak trofi ucl lagi..